Saturday 24 August 2013

THE STAR MELAGA-LAGAKAN PEMIMPIN UMNO....???




Akhbar The Star diminta menarik balik saman ke atas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Puad Zarkashi yang meminta penjelasan mengenai satu artikel mengenai pemilihan umno yang dilaporkan akhbar berkenaan.

Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam - Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata akhbar terbabit perlu bersikap lebih demokratik dan terbuka, bukannya mengugut dengan saman apabila diminta penjelasan.
Beliau berkata demikan sebagai reaksi kepada kenyataan Dr puad yang mendakwa menerima surat saman daripada peguam ketua pengarang The Star - Datuk Seri Wong Chun Wai bertarikh enam ogos lalu.
Dalam surat itu, Wong mahu dr puad berhenti mempersoalkan artikel yang diterbitkan akhbar berkenaan.
Sebelum itu, Dr Puad meminta The Star memberi penjelasan mengenai sebuah artikel mengenai pemilihan UMNO, khususnya bagi jawatan Ketua Wanita parti berkenaan.
Beliau mendakwa artikel terbabit cuba melaga-lagakan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

No comments: