Friday 9 August 2013

ROS DEDAHKAN KEBEJATAN DAP...!!!


Akhirnya, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) bangkit menempelak dan melondehkan wayang kulit kepimpinan DAP yang selama ini cuba menutup malu isu pemilihan CEC parti itu.


MiM percaya kepimpinan DAP memutar belit dan bermain dengan isu ini kerana ramai rakyat yang tidak faham dengan Akta Pertubuhan 1966 dan juga tidak mengikuti kronologi isu yang memalukan parti DAP.

Seperti biasa, mereka akan mencipta alasan kononnya ROS tali barut BN atau konspirasi BN untuk menjatuhkan parti DAP, satu diversion lumrah mereka untuk menutup pekung busuk mereka sendiri.

Malangnya, ada juga yang terpedaya dengan sandiwara parti DAP ini walau pun sudah acap kali diberitahu bahawa isu CEC DAP didedahkan oleh ahli-ahli DAP itu sendiri!
Dan ROS sebagai agensi yang bertanggungjawab, tidak boleh berat sebelah dan buat-buat tidak kisah dengan laporan yang mereka terima daripada ahli-ahli DAP hanya untuk menyedapkan hati Lim Guan Eng anak beranak.

Untuk memudahkan kita memahami isu ini dan selepas ini sama-sama kita ketawakan lakonan kepimpinan DAP jika mereka masih mahu bersandiwara, MiM sertakan kenyataan ROS yang dilaporkan oleh Bernama :

1. DAP seharusnya mengutamakan pelaksanaan keputusan yang dibuat oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) kerana itu keputusan terbaik, mencerminkan permintaan akar umbi DAP.

2. Pendaftar ROS, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, langkah itu juga menunjukkan ketulusan kepimpinan DAP berpegang pada janji mereka kepada umum untuk melaksanakan apa juga keputusan yang diumum oleh ROS.

3. Abdul Rahman turut menjelaskan semua perkara berhubung pertubuhan diurus berdasarkan Akta Pertubuhan 1966 dan ROS membuat keputusan berpandukan penjelasan yang diberi oleh pihak terlibat.


4. "Dalam hal ini ROS telah menyatakan pendiriannya yang tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan. Pemimpin DAP sebenarnya sendiri tahu mereka tidak memberi penjelasan yang memuaskan dan risiko yang mereka ambil," katanya.

5. Menurut Abdul Rahman, Akta Pertubuhan 1966 juga tidak memperuntukkan keperluan ROS menjelaskan mengapa mereka tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberi.

6. "Perkara utama yang perlu difahami ialah tindakan-tindakan yang telah diambil oleh ROS bertepatan dengan peruntukan Akta Pertubuhan 1966 bukan desakan atau dendam.

7. "Bahkan ROS telah mengambil sikap yang terlalu 'humanistic' menguruskan pemimpin DAP walaupun beberapa kali difitnah khususnya sepanjang Pilihan Raya Umum yang lalu atas dasar politik," katanya.

8. Abdul Rahman berkata, dakwaan pempimpin DAP bahawa mereka telah memberi kerjasama penuh kepada ROS adalah tidak tepat kerana sepanjang siasatan mereka sering meminta penundaan tarikh atau memendekkan masa proses siasatan atas alasan sibuk dengan hal politik kepartian mereka.

9. "Mereka juga sering kali menangguhkan penghantaran maklumat yang diperlukan ataupun tidak menyediakannya walaupun perkara itu telah dinyatakan kepada mereka lebih awal," katanya yang menyifatkan keengganan DAP mematuhi keputusan ROS sebagai sangat mendukacitakan.

 Kutuk vote popular BN tapi DAP vote no. 3 boleh jadi no. 1 Pengerusi DAP

Untuk rekod, pada 30 Julai lepas, ROS mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC dan memaklumkan ia tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh parti itu berhubung isu penyelewengan undi pada pemilihan CEC dan isu manipulasi undi membabitkan 547 perwakilan.

MiM berharap agar pihak ROS akan terus memberi penjelasan tepat seperti di atas kepada rakyat supaya tidak terpedaya lagi dengan diversion kepimpinan DAP.


SUMBER

No comments: