Wednesday 7 August 2013

PENOREH GETAH PUN JADI SASARAN PENEMBAK.....



Seorang penoreh getah maut selepas ditembak dalam kejadian di kampung Telosan, Pasir Puteh semalam.
Kejadian kira-kira jam 4 pagi itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia jam 1.20 petang tadi.
Ketika kejadian, mangsa, Amirul Tajo Nasir, 40 sedang minum di sebuah kedai makan sebelum salah seorang lelaki bertopeng yang menaiki motosikal melepaskan beberapa das tembakan ke arahnya.
Dalam insiden itu, seorang lagi mangsa, Nuradriana Zakaria, 25, turut mengalami kecederaan di kaki kanan akibat tembakan itu.
Wanita berkenaan bagaimanapun dilaporkan stabil.

No comments: