Thursday 29 August 2013

KERJA 'JARAK JAUH' SAIFUDDIN HANYA GUNA LAPTOP DAN IPAD....


AHLI Parlimen PKR Kuala Langat, Abdullah Sani baru-baru ini mempertikaikan bidang kerja Saifuddin Nasution yang semenjak melaporkan diri sebagai ketua staff di Pejabat Menteri Besar sehingga sekarang tidak pernah masuk ke pejabat bagi menjalankan kerja-kerja yang telah diamanahkan.

Dalam ucapan balas ke atas kenyataan tersebut, Khalid Gagap selaku Menteri Besar kontroversi menidakkan tuduhan tersebut dengan menyatakan kepada barisan media baru-baru ini bahawa Saifuddin tidak perlu masuk ke pejabat sekiranya laporan dan tugasan dapat dihantar dengan menggunakan laptop dan ipad walaupun dia tidak masuk ke pejabat.

Senang rupanya kerja Saifudin selaku Pegawai Seranta Politik Selangor yang dilantik Anwar Ibrahim. Kerja tidak perlu masuk pejabat, keluar negara berseronok, mencari isu yang boleh menyalahkan kerajaan BN sebelum ini sampai akhir bulan boleh cucuk kad di atm dan keluarlah gaji lebih 10ribu. Mudahkan? - JB6

No comments: