Sunday 11 August 2013

ISTERI UGUT SEKS SETAHUN SEKALI SAHAJA, LELAKI NEKAD POTONG SENDIRI BUAH ZAKAR....!!!


Suzhou : Seorang lelaki dimasukkan ke sebuah hospital di sini baru-baru ini tanpa satu buah zakarnya.  Akhbar Morning Express melaporkan, lelaki itu memotong sendiri buah zakarnya selepas bergaduh dengan isterinya.

Menurut akhbar itu, lelaki berkenaan, Tang, 38, berasal dari utara China tetapi bekerja sebagai juruelektrik di Suzhou.

Pendapatan sebanyak 2,000 yuan (|RM1,063) sebulan tidak cukup untuk dia menyara isteri dan dua anak. Kerana terlalu bosan hidup di rumah sewa, si isteri dilapor mengancam akan mengadakan seks dengan suaminya setahun sekali saja kecuali dia membelikannya sebuah rumah.

Pada 2 Ogos lalu, selepas satu pertengkaran, Tang mengambil pisau cukur dan memotong satu daripada buah zakarnya.

Sumber hospital berkata lelaki itu kini stabil. Ia bagaimanapun tidak menjelaskan mengenai kemampuan Tang untuk melakukan seks pada masa depan. - Agensi

No comments: