Friday 12 July 2013

PRK DUN KUALA BESUT : SATU LAWAN SATU


Selepas sessi penamaan calon dan pengumuman rasmi calon yang bertanding oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya, A Rahim Yusof di pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna Kompleks Rakan Muda Daerah Besut, pagi tadi... Maka, Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan Azlan @ Endut Jusoh mewakili PAS.

PRK DUN Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar daripada Barisan Nasional (BN) pada 26 Jun lepas akibat kanser paru-paru.
DUN Kuala Besut mempunyai 17,683 pengundi berdaftar, terdiri daripada 16,534 pemilih biasa, 1,134 anggota tentera dan pasangan, 14 polis dan seorang pengundi tidak hadir luar negara.

No comments: