Wednesday 24 July 2013

MOHAN PERUMAL BELASAH GURU ARAH PELAJAR NON-MUSLIM MAKAN DALAM 'TANDAS' !! GURU, WAKIL PIBG DAN PEGAWAI PPD MAKAN DI MANA..???!!!



Editor Berita akhbar Makkal Osai, Mohan Perumal antara paling lantang membelasah guru sekolah yang dikatakan mengarahkan pelajar bukan Islam makan di dalam tandas. 


Dalam posting pertama beliau di Facebook mengenai isu ini beliau menulis :

@Tuan Zaharin Mohd Yasin @Najib Razak @Haji Rahim Mahmood Ini adalah tindakan Guru Besar Sekolah kebangsaan Sri Pristana yang memberi arahan kepada murid-murid bukan lslam untuk makan makanan mereka di perkarangan tandas semasa Bulan Puasa. Mungkin Allah dan Nabi Mohammad (saw) sendiri tak akan maafkan Guru Besar tersebut. Kepada ibubapa yang terlalu gairah hantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan padan muka. Apakah gunanya berpuasa dan solat lima kali, tetapi bertindak seperti anjing liar terhadap umat manusia sendiri?


Adalah jelas beliau tanpa soal siasat menghasut orang bukan Melayu membenci sekolah kebangsaan, menghina guru Islam sehingga mempersoalkan ibadah orang Islam. Beliau tanpa segan silu menuduh guru sekolah terbabit melayan pelajar bukan Islam seperti anjing liar.

Walaupun Saudara Mazidul Akmal sidek telah mendedahkan isu sebenar, maka tidak timbul langsung soal murid bukan Islam diarahkan makan di dalam tandas. Malangnya sehingga jam lapan malam ini, Mohan langsung tidak mengemukakan sebarang pembetulan.

Malah Malaysiakini.com juga melaporkan bahawa pelajar dibenarkan makan di dalam bilik persalinan sejak Mac lalu kerana kantin yang sesak sekaligus menafikan dakwaan kononnya pelajar bukan Islam di diskriminasi pada bulan puasa.

Tidak cukup itu, seorang pelajar sekolah berketurunan India turut menulis komen mengenai Pengetua melayu yang baik dan membantu kaum India, di dinding Facebook Mohan, langsung tidak dikomen oleh beliau.

Sebagai Ketua Pengarang sebuah akhbar Mohan sepatutnya menyiasat dan menyelidik sebelum memaki hamun guru dan menghina agama Islam atas dakwaan yang beliau belum pasti benar. Malangya beliau bukan sahaja gagal sebagai memberi laporan yang objektif, malah langsung tidak berminat membetulkan kenyataannya.


JOM LIHAT LAPORAN TERKINI DARI BLOG MAZIDUL ........



PELAJAR MAKAN DI BILIK PERSALINAN ( WAKIL PIBG, PEGAWAI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DAN GURU MAKAN DI MANA?) DAHSYAT SUNGGUH!


Pada bulan Mac 2010, saya menjalankan tugas di Kampung Beting, 
Jakarta. Tandas penduduk setinggan tanpa dokumen sah  itu terletak 
DI LUAR  rumah. Saya meniti jambatan di kampung itu untuk 
bergerak dari rumah ke rumah.



Tersilap langkah, air najis agak pekat berwarna hitam dan coklat  
menunggu saya di bawah. Klik di sini.

Kedudukan tandas di kampung setinggan itu amat jauh berbeza 
dengan lokasi tandas di kebanyakkan kondominium, 
apatmen dan pangsapuri kita di Malaysia. Tandas 
DI DALAM rumah dan acapkali kita menjamah makanan 
di hidangkan di atas meja terletak kurang 2 meter dari tandas. 
Namun kelompok  hidup kaya raya,  menetap di banglo besar, 
barangkali berbeza.  Ruang rumah lebih  luas, tandas agak jauh 
dari meja makan tetapi ruang membuang najis itu masih DI DALAM rumah.

Tidak mustahil, sesekali,  sewaktu kita makan, bunyi pengguna tandas 

di rumah sedang membasuh berak pun boleh didengari dari meja makan  
namun makanan masih terus disumbat  ke mulut.  Itu pun kalau berak 
berbasuhlah.  Ada juga saatnya, kita terdengar pengguna tandas di rumah 
terkentut kuat,berak cair dan bau najis turut  menyelinap keluar dari 
tandas tetapi kita tidak berhenti makan, mungkin hanya sekadar 
tersenyum sahaja.

Biarpun berulang kali dinyatakan di entri terdahulu, pelajar SRK Sri 
Pristana TIDAK berehat dan makan di TANDAS atau BILIK AIR, 
sebilangan pembaca tidak dapat menerima fakta itu. Sebelum ramadan, 
bermula Mac lalu,  BILIK PERSALINAN pelajar perempuan dibersihkan 
dan kemudian dinaiktaraf. 

Menurut wakil Pejabat Pendidikan Daerah, ruang terbabit tidak berbau 
busuk ataupun kotor.




Pelajar di sekolah sama juga  diterapkan dengan kempen menjaga tandas 
di kawasan sekitar agar sentiasa bersih.  Maksudnya, TIADA tandas 
di dalam bilik persalinan itu,  seperti kedudukan  tandas di dalam rumah  
tempat kebanyakkan daripada kita berteduh di bandar. 

Lihat gambar di sini.

"Sewaktu meninjau ruang di bilik persalinan  terbabit bersama wakil 
Persatuan Ibu Bapa dan Guru, PIBG serta kakitangan sekolah, 
kami terlewat untuk pulang ke rumah. Jadi kami membuat keputusan  
berbuka di ruang sama selepas  doa dibacakan. 

Tidak ada sebarang masalah, Alhamdulillah, kami berselera makan selepas 
sehari menahan lapar dan dahaga" ujar beliau.

Gambar di bawah dihantar kepada saya oleh Yang DiPertua PIBG SRK 
Sri Pristina, Hussein Mohd Ariff.

"Gambar itu, suasana majlis berbuka puasa di bilik persalinan disalah 
anggap sebagai tandas," kata Hussein.





Apapun bermula hari ini, pelajar bukan beragama Islam akan meng-
gunakan  kantin sekolah seperti biasa selepas kerja pengubahsuaian 
selesai.

Kepada semua pelajar di SRK Sri Pristana tanpa mengira bangsa dan 
agama, selamat menuntut ilmu agar semua menjadi insan berguna
di masa akan datang. 

Sebilangan daripada mereka, barangkali akan menjadi pengendali blog 
TANPA dibayar seperti saya. Justeru mereka tidak perlu untuk 
mengikut telunjuk sesiapa dalam mencatatkan fakta di blog. 

No comments: