Wednesday 3 July 2013

MACAM BIASA.... ANWAR NAFI ADA 20 AKAUN BANK DI LUAR NEGARA... KALAU YE, BERANI KE NAK MENGAKU..!!!

Post Pic

KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan tuduhan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Liang Teck Meng bahawa beliau memiliki 20 akaun bank yang berpangkalan di luar negara termasuk Israel dengan jumlah simpanan kira-kira RM332 juta.
 
Sehubungan itu, beliau bertegas akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Liang dan juga media yang melaporkan fitnah yang dilemparkan di Dewan Rakyat semalam.

Menurut beliau, blog-blog kendalian Umno yang kononnya mendapat maklumat itu daripada laman Wikileaks yang didedahkan oleh ahli parlimen BN berkenaan tidak mempunyai asas.

"Tidak ada langsung laporan di Wikileaks. (Ini) dimulakan oleh blogger Umno dan (ahli parlimen) Simpang Renggam membaca teks daripada Umno.

"Dia tak ada asas sama sekali, dia kata daripada Wikileaks, bila kita semak rupanya daripada blog Umno. Pasport pun lain, nombor pun lain," katanya dengan nada berang.

Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata Liang hanya menjadi orang suruhan Umno kerana membaca teks yang disediakan dan tidak berani menjawab ketika diberikan peluang untuk membela pertuduhan itu di dewan.

"Speaker bagi peluang dia untuk jawab, tapi dia tak bangun untuk jawab, mungkin dia tunggu boss Umno bagi arahan, tunggu perutusan," tambah beliau ketika di temui di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Anwar pada masa sama tidak menolak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap media-media yang terbabit menyiarkan fitnah itu.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan menungu 'handsard' untuk tujuan rujukan rasmi yang dikeluarkan Dewan Rakyat.

"Kalau surat khabar macam Utusan keluarkan, malah Sinar Harian keluarkan tanpa penafian, saya terpaksa ambil tindakan, takkan hari-hari salah Anwar," katanya.

Petang semalam, Liang Teck Meng (BN-Simpang renggam) mendakwa wujudnya akaun bank jutaan ringgit di atas nama Ketua Pembangkang itu di luar negara. Ia sebagai menyimpan duit rasuah.

Menurut Liang, jumlah simpanan mencecah jutaan ringgit melibatkan beberapa bank di luar negara termasuk di Israel, Amerika Syarikat, Singapura dan juga China.

No comments: