Monday 8 July 2013

ERRA FAZIRA KEMALANGAN...

Post image for ERRA FAZIRA KEMALANGAN

Dikhabarkan penyanyi, pelakon dan pengacara popular, Erra Fazira berhadapan detik cemas apabila mengalami kemalangan jalan raya pada Sabtu lalu. Difahamkan, motosikal berkuasa besar yang ditunggang Erra telah terbabas hingga masuk ke bawah lori.


Namun, Erra nyata bernasib baik apabila menerusi status di akaun Twitternya dia memaklumkan hanya mengalami cedera ringan sahaja tetapi motosikalnya dilaporkan mengalami kerosakan teruk.


erra+kemalangan


Ketika kemalangan, Erra dalam perjalanan ke Port Dickson bersama rakan-rakan serta dua lagi selebriti popular yang juga rakan baiknya, Umie Aida dan Linda Onn.

Semoga Erra cepat sembuh dan tidak mengalami trauma akibat dari kejadian itu yea. Berhati-hati ketika memandu, pesan buat semua.

sumber

No comments: