Saturday 29 June 2013

PERLIS, MELAKA DAN PAHANG HARAMKAN SHISHA


Jawatankuasa Fatwa Perlis mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha kerana mendatangkan kemudaratan yang lebih teruk berbanding merokok.

Mufti Perlis, Datuk Dr. Juanda Jaya berkata, mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis kali ke-11/2013 pada 24 Jun lepas membuat keputusan itu dan surat akan dihantar kepada kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) berhubung perkara itu.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berharap MPK dapat menghalang kegiatan penjualan shisha demi kepentingan masyarakat. SETERUSNYA.... KLIK DI SINI


Selepas, Perlis dan Melaka Pahang turut memutuskan penggunaan dan penjualan shisha di kalangan umat Islam adalah haram kerana boleh memudaratkan kesihatan.

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman berkata, fatwa mengenai perkara itu telah lama dibuat .

Ketika dihubungi siang tadi Datuk Abdul Rahman berkata, kini terserah kepada Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam untuk menguatkuasakan peraturan berkenaan.

Kajian Agensi Anti-Tembakau Perancis mengesahkan shisha mengandungi karbon monoksida dan dengan sekali hembusan bersamaan 52 batang rokok.

Sementara itu, buletin utama difahamkan Majlis Fatwa Kebangsaan akan turut menjalankan kajian mengenai penggunaan shisha, sebelum membuat keputusan dalam masa terdekat. 

- TV3

No comments: