Thursday 13 June 2013

DISEBAT 700 KALI KERANA SAMUN BERSENJATA

Hanya kerana di dapati bersalah menyamun dengan menggunakan pisau, 2 remaja lelaki di Arab Saudi dijatuhkan hukum penjara 7 tahun dan 700 sebatan... Kalaulah di Malaysia dikuatkuasakan hukuman sedemikian, mungkinkah ianya boleh mengurangkan jenayah samun bersenjata yang berleluasa kini...???



Selanjutnya....

Riyadh : Dua remaja lelaki Arab Saudi kelmarin, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan 700 sebatan selepas didapati bersalah menyamun beberapa pemandu teksi di bandar raya itu menggunakan pisau.

Akhbar Sabq melaporkan, polis menahan mereka selepas menerima laporan daripada beberapa pemandu teksi, termasuk seorang warga Yaman dan rakyat Pakistan bahawa mereka disamun selepas diugut dengan pisau. 


“Mereka mengaku mencuri kereta, memecah masuk rumah dan kedai,” lapor Sabq. - AGENSI 

No comments: