Friday 21 June 2013

BADIGOL MANA YANG KATA KUALA LUMPUR BANDAR KE-6 PALING BAHAYA DI DUNIA....???


Sebelum ini negara Malaysia kerap diburuk-burukkan oleh kepimpinan pakatan pembangkang apabila mereka mengadu domba di luar negeri.

Kononnya kerajaan negara ini zalim, tidak adil dan pelbagai lagi, padahal mereka itu tiada masaalah untuk keluar masuk negara dan 3 negeri dibawah pentadbiran mereka! Pokoknya, mereka telah berbohong dan menipu rakyat.


Yang terbaru pula ialah cubaan untuk memburuk-burukkan Bandaraya Kuala Lumpur pula.


Timbul dakwaan kononnya ibu kota Malaysia merupakan salah satu bandar yang paling berbahaya di dunia. Kononnya, kadar jenayah meningkat sebanyak 70 peratus dalam tempoh tiga tahun yang lalu, menurut laman web 10awesome.com


Laporan tersebut bukan sahaja salah, malah penulis artikel itu, 'Deea', tidak menyertakan sebarang bukti atau reference terhadap fitnah tersebut. SorosKini MalaysiaKni atau portal pembangkang yang lain?

Di bawah ialah kenyataan telah dikeluarkan dalam FaceBook PDRM menafikan dakwaan penulis tersebut :

MAKLUMAT PALSU : Dakwaan sebuah laman sesawang yang menyenaraikan bandaraya Kuala Lumpur sebagai antara 10 bandar paling berbahaya di dunia adalah TIDAK BENAR SAMA SEKALI.
Orang ramai diminta supaya tidak semudahnya mempercayai dan menyebarkan maklumat yang tidak sahih daripada laman sesawang tersebut tanpa merujuk terlebih dahulu daripada  pihak polis.

Warga Malaysia juga haruslah menjadi penyebar maklumat yang bertanggungjawab dan beretika dengan memastikan sebarang maklumat yang diperoleh dan ingin dikongsi adalah daripada sumber yang rasmi.
Sepanjang tempoh 3 tahun iaitu dari tahun 2010 hingga 2012, PDRM berjaya mengurangkan jenayah indeks di Kuala Lumpur sebanyak 31.8%, hasil usaha berterusan pihak polis dalam menangani isu jenayah di bandaraya tersebut.

SUMBER

No comments: