Sunday 26 May 2013

TUTUP PUSAT KHIDMAT : MCA BERSUBAHAT DENGAN DAP...???


MCA disifatkan sebagai ‘keanak-anakan’ dan kurang matang kerana bertindak menutup semua pusat khidmat selepas mengalami kekalahan teruk pada PRU13.

Pengerusi DAP negeri, Dr Boo Cheng Hau berkata, DAP sebelum ini tetap membuka pusat khidmat bagi menyalurkan bantuan bagi menyelesaikan masalah dihadapi rakyat meskipun tidak menang mana-mana kerusi di Johor pada pilihan raya terdahulu.

Menurutnya, DAP juga tidak pernah berputus asa untuk membantu rakyat bermula daripada tidak memperolehi sebarang kerusi di negeri ini sehingga berjaya meraih kemenangan memuaskan pada PRU13.

“Tindakan untuk menutup semua bilik gerakan juga seperti satu ‘ugutan’. Ia tidak sewajarnya dilakukan oleh MCA, sebaliknya parti itu perlu menerima keputusan rakyat pada PRU13 dengan hati terbuka.

“Dulu kita juga tidak menang satu kerusi sehinggalah menerima kemenangan yang agak memuaskan pada PRU13. Kita tidak berhenti untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada seluruh rakyat,” katanya pada sidang media, di sini, semalam - SUMBER

No comments: