Sunday 12 May 2013

TAN SRI SYED MOKHTAR - JIHAD PERNIAGAAN UNTUK SYARIAT ISLAM


Dalam tempoh berkempen PRU13, saya telah beberapa kali menyertai ceramah yang dianjurkan oleh pakatan rakyat.

Ceramah-ceramah yang saya sertai adalah ceramah yang melibatkan DAP dan PAS terutamanya di kawasan Parlimen Gelang Patah.

Setiap ceramah yang saya sertai itu, biasanya akan di sampaikan oleh Tony Phua, Kit Siang dan Salahudin Ayub.

Saya dapati setiap ceramah yang melibatkan kehadiran orang-orang Pas, Kit singa dan Tony Phua akan mencerca hina pemimpin-pemimpin politik Islam dan tokoh-tokoh perniagaan Islam yang sangat berjaya terutamanya seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Saya tidak hairan jika mereka mencerca fitnah pemimpin-pemimpin politik Islam kerana memang itu lah adat resam dalam berpolitik tetapi saya agak pelik tokoh perniagaan Islam seperti Tan Sri Syed Mokhtar diheret sama dalam kempen fitnah mereka secara besr-besaran dan yang paling menyedihkan apabila orang-orang islam Pas menyahut dengan laungan takbir dan ubah apabila org kafir di atas pentas mencerca fitnah tokoh perniagaan yang seagama dengan mereka.

Sedangkan ahli-ahli perniagaan berbangsa cina yang telah terlalu banyak melahap projek dan hartanah serta perlbagai kemudahan dari Kerajaan tidak pula mereka sebut dan pertikai seperti Robert Kuok, Tan Sri Teoh Hong Piow, Tan Sri Quek Leng Chan, Tan Sri Lee Shin Cheng, Tan Sri Lim Kok Thay dan sebagainya


Mereka menuduh Tan Sri Syed Mokhtar membolot banyak syarikat-syarikat yang ada kepentingan nasional seperti SAJ, Tabung Haji, MAHB, PTP, BERNAS, Proton dan sebagainya.

Untuk makluman, Kumpulan Syarikat Tan Sri Syed memperolehi ekuiti dengan cara menyertai proses bidaan mengikut prosedur yang betul, BUKAN memperolehinya dengan cara yang tidak sihat.

Apabila sesuatu syarikat yang mempunyai kepentingan nasional mempunyai kaitan kuat dengan ummah Islam, Kumpulan Syarikat TS Syed Mokhtar akan menawarkan dengan harga yang sangat tinggi sehingga ianya berjaya diperolehi oleh syarikat milik orang Islam atas dasar JIHAD dan keyakinan beliau untuk membangunkan ekonomi ummah yang seagama dengannya.

Dalam perniagaan yang melibatkan industri pemakanan, tujuan beliau hanyalah untuk memastikan seluruh umat Islam di Negara ini mendapat jaminan 100% halal dimakan. Ini juga Jihad yang telah beliau lakukan.

Setiap keuntungan yang beliau perolehi, hanya 30% sahaja beliau akan miliki manakala selebihnya akan diagih-agihkan untuk program-program pembangunan yang melibatkan umat islam terutama berkaitan dengan pendidikan, menjana ekonomi ummah, kebajikan warga emas, anak-anak yatim dan banyak lagi.

Adakah perbuatan beliau itu salah sedangkan beliau sanggup mengambil risiko menanggung kerugian yang boleh berlaku bila-bila masa saja. Inilah yang ramai antara kita tidak mengetahuinya.

Percayalah bahawa setiap sen duit kita yang dibelanjakan pada perniagaan yang melibatkan kumpulan syarikat tokoh perniagaan Islam seperti Tan Sri Syed Mokhtar atau sesiapa sahaja yang sepertinya, secara tidak langsung kita juga telah menyertai satu JIHAD PERNIAGAAN untuk SYARIAT ISLAM. In Sha Allah kita juga akan memperoleh ganjaran dari NYA.

Sesungguhnya Allah SWT jualah yang Maha Mengetahui ke atas segala-galanya.


Petikan dari : APJ 

No comments: