Wednesday 8 May 2013

MANTAN MB KEDAH TENAT - MUDAH-MUDAHAN ALLAH PERMUDAHKAN SEGALANYA.....


Allahhuakbar ! Azizan khabarnya secara Teknikal sudah meninggal dunia. Menurut sumber Azizan, Bekas Menteri Besar Kedah bergantung sepenuhnya kepada mesin "life support" yang d pasang ke badannya.

Azizan yang mengidap pelbagai jenis penyakit seperti Kencing Manis, Lemah Jantung dan Darah Tinggi sememangnya wajar tidak menerima tekanan atau bekerja dalam keadaan stress yang maksima. Namun Azizan gagal untuk kawal api ketegangan yang beliau terima semasa menjadi Menteri Besar Kedah.

Pelbagai tekanan yang maksima bukannya datang dari masalah rakyat Kedah tapi datangnya dari dalam Pas Kedah sendiri. Kerenah yang teruk dan terpaksa Azizan hadapi adalah perangai Exco dan Wakil Rakyat beliau sendiri yang sentiasa menghakis kepercayaan rakyat Kedah terhadap Pas dan akhirnya Pas bungkus d Kedah !

Sebagai parti yang berlabel Isle..Azizan tertekan dengan wujudnya tempat maksiat baru d zaman beliau menjadi Menteri Besar. Pergaduhan sesama sendiri, pergaduhan beliau dengan Fahrolrazi, pergaduhan beliau dengan Pas Pusat yang sentiasa berlainan haluan antara keputusan Pas negeri dan Pas Pusat.

Menurut sumber, paling teruk, Pas Pusat sentiasa beri tekanan agar beliau berundur sebelum PRU13 baru-baru ini, seolah-olah Pas Pusat tidak yakin Azizan mampu memandu jentera perang PRU mereka.

Akhirnya, kita wajib terima kenyataan, sampai masa Allah panggil juga..nak bertahan sejauh mana kalau tuan badan sendiri mempunyai pelbagai penyakit yang amat kronik.

Pas wajib minta maaf sekarang dengan Azizan !! dosa terlalu banyak pada Azizan..Nik Aziz yang uzur dan melawat Hospital berpuloh kali pun tidak d tekan sebegitu rupa. Kedah ada pusat maksiat..Kelantan pun ada..malah lebih teruk !! Petikan : aakj

No comments: