Saturday 11 May 2013

LIANG LAHAD UNTUK SEPASANG KAKI BEKAS MB KEDAH SIAP DIGALI....???


Gambar di atas tu, admin petik dari The Duke's Blog yang memperolehinya dari FB Dewan Pemuda PAS sendiri. Khabarnya, liang tu digali khas untuk "simpan" kedua kaki Ustaz Azizan. Kaki kanan dan kiri yang dipotong tu akan dikebumikan di liang tu laaa...

Untuk info, liang tu digali betul-betul bersebelahan dengan kubur Allahyarham Al-Fadhil Ustaz Fadhil Noor, bekas Presiden PAS. Maknanya, kedua kaki Ustaz Azizan tu akan disemadikan di sebelah kubur beliau...

Sehingga pagi tadi dikhabarkan bekas Bekas Menteri Besar Kedah itu, Datuk Seri Azizan Abdul Razak masih belum sedarkan diri selepas menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis di Hospital Pulau Pinang (HPP). 

Setiausaha Akhbarnya, Mohd Helmi Khalid berkata bagaimanapun keadaan kesihatan beliau stabil setelah selesai menjalani pembedahan itu pada pukul 11.30 malam tadi. 

No comments: