Friday 17 May 2013

DI SAAT TERLANTAR SAKIT, BEKAS MB KEDAH JADI BELASAHAN BLOG-BLOG PRO PAS....


azizan_sakit

Sejak berakhirnya PRU ke-13 pada 5 Mei lalu, boleh dikatakan hampir setiap hari bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak dihentam dan diburuk-burukkan oleh penulis-penulis blog pro-PAS Kedah.

Bagaikan tidak puas dengan ulasan Urusetia Penerangan PAS Kedah yang melabelkan Ustaz Azizan sebagai salah satu faktor kekalahan parti mereka di negeri Jelapang Padi itu, mereka menokok tambah tuduhan tersebut.

Macam-macam yang mereka kata pada Azizan. Antaranya mereka menuduh pentadbiran beliau yang “ala-UMNO” menyebabkan PAS kecundang. Padahal, ketika bekas MB Kedah itu mentadbir, langsung mereka tidak mengkritik pentadbirannya di media maya!


Selain itu, mereka turut menyiarkan “17 dosa” yang membabitkan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) ketika PAS mentadbir Kedah. Kononnya mereka “dosa-dosa” itu mahu ditujukan pada Azizan yang merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN…

Peliknya, semasa saya dan rakan-rakan mempersoalkan pelbagai masalah berhubung pusat pengajian tinggi Islam yang menjadi kebanggaan negeri Kedah itu, mereka tiap-tiap hari menulis dan memberitahu kononnya “tidak ada apa-apa masalah di KUIN”!

Tapi, selepas kalah PRU ke-13 dan Ustaz Azizan tidak lagi berkuasa di Kedah sebagai Menteri Besar, penulis-penulis blog pro-PAS Kedah itu menyiarkan pula “dosa-dosa” Ustaz Azizan? Buruk betul akhlak dan “hati perut” mereka…

Saya sebenarnya sangat hairan dengan sikap mereka. Berkali-kali Ustaz Azizan menyuruh media “buat kerja cara Islam”, tapi sebaliknya media pro-PAS Kedah itu pula yang tidak melaporkan kebenaran?

Kenapa mereka sembunyikan kebenaran itu? Kerana politik? Mereka berpolitik sehingga sanggup menolak kebenaran yang dianjurkan Islam, kah? Bak kata Ustaz Azizan, buatlah kerja cara Islam? Orang PAS bukan orang Islam, kah?

Sebagaimana maklum, Ustaz Azizan diberikan ujian disaat PRU-13 sedang berlangsung. Dia jatuh sakit dan beliau diuji dengan ujian yang lebih berat apabila kedua belah kakinya terpaksa dipotong di paras paha. Sehingga kini, beliau masih di ICU walaupun dilaporkan semakin stabil.

Persoalannya, di saat Ustaz Azizan sedang diuji Allah SWT dengan musibah begitu, tergamak penulis-penulis blog pro-PAS Kedah itu menyerang dan mengungkit segala kesalahan beliau?

Sampai hati mereka bersusah payah menyenaraikan kesalahan dan kesilapan pentadbiran Ustaz Azizan selama lima tahun?

Mereka patut malu pada para pemimpin dan penyokong UMNO di Kedah di mana kami berkali-kali menganjurkan majlis solat hajat dan bacaan Yaasin memohon dari Allah SWT untuk menyembuhkan Ustaz Azizan dan mengembalikan kesihatan beliau.

Penulis-penulis blog pro-PAS Kedah itu sebaliknya menghentam pula Ustaz Azizan tiap-tiap hari? Hati jenis apakah yang mereka miliki? Apakah warna hati mereka,? Hitam, kelabu atau putih?  Inikah akhlak para blogger PAS Kedah yang kononnya Islamik?

Saya menyarankan mereka agar berhenti menyerang Ustaz Azizan. Mereka perlu banyakkan solat hajat dan bacakan Yaasin untuk bekas Pesuruhjaya PAS Kedah itu. Kalau tak puas hati sangat, tunggu selepas Ustaz Azizan sembuh dan kemudian hantar wakil untuk meluahkan ketidakpuasan hati itu.

Saya kira, itulah bezanya para pejuang maya UMNO dan para blogger Pakatan Haram di seluruh Malaysia. Kita menulis berlandaskan Islam, kebenaran dan kewajaran situasi.

Berbanding mereka, yang mereka tahu hanyalah hentam, hentam dan hentam. Islam pun mereka tolak ke tepi. Semuanya kerana politik, kan? Tolonglah, Islam perlu didahulukan, politik kemudian pun tak mengapa…setuju?

No comments: