Thursday 11 April 2013

RUMAH MAWI ADA ORANG BUNIAN...???

Lelaki Pecah Masuk Rumah Mawi Kerana Nampak Bunian

Tidak tahu sama ada itu hanyalah alasan semata atau sebab-musabah itu benar-benar belaka. Atau mungkin ini taktik terbaru perompak tersebut. 

Dalam laporan sebuah akhbar hari ini telah menyebut, seorang lelaki telah memecah masuk rumah penyanyi, Mawi, selepas lelaki tersebut ternampak bayangan sepasang bunian.   


“Kami sekeluarga trauma dengan kejadian yang berlaku dan terkejut apabila lelaki berkenaan memberitahu terpaksa memecahkan rumah ini selepas ternampak sepasang orang bunian. 

“Saya tidak tahu sama ada dakwaannya tersebut benar ataupun tidak dan berserah sepenuhnya kepada Allah,” kata penyanyi, Asmawi Ani, 32, atau Mawi menceritakan semula kejadian pelik di rumahnya, dekat Bangi Golf Resort, jam 2.30 petang kelmarin apabila seorang buruh Indonesia secara tiba-tiba dirasuk dan mengamuk di rumahnya. 

Menurut Mawi, ketika kejadi tersebut berlaki, dia tiada di rumah kerana ke Sarawak manakala isterinya, Nora Asyikin Rahmat (Ekin), 34 ke ibu kota atas urusan kerja. 

Bagaimanapun, selepas kepulangannya, dia diceritakan semula kejadian tersebut semalam oleh neneknya, ibu mentua dan adik iparnya yang melalui detik-detik cemas bersama anaknya, Cahaya Malaika yang kini berusia setahun. 

Katanya, sebelum kejadian, buruh berusia 40-an itu sedang sibuk bekerja di tapak pembinaan berhampiran dan berhenti seketika menjamah makanan. Ini merupakan kejadian buat kali kedua rumah penyanyi itu dipecah masuk. 

Kali pertama, sekitar Mac tahun lalu apabila rumahnya dimasuki perompak dan mengalami kerugian hampir RM10,000. Bagaimanapun Mawi dan seluruh ahli keluarganya selamat.

No comments: