Tuesday 9 April 2013

MENTOR ZIANA ZAIN ROGOL PROTEGE OGY...???

Post image for MOHD JUARA MENTOR 4 DITUDUH MEROGOL

Pasti ramai lagi yang mengingati Mohd, atau nama sebenarnya Mohd Izwan Mohd Nor yang juga mentor kepada Ziana Zain. Dalam program Montor 4, Mohd muncul juara dalam rancangan tersebut.

Tetapi baru-baru nie, salah seorang peserta program realiti Mentor 6, Zatul, bertindak untuk mengambil tindakan berhubung kes dirinya dirogol oleh Juara Mentor 4 iaitu Mohd.



Zatul atau nama sebenarnya Noor Nazatul Farahin, 24, berkata, dia telah menceritakan semua perkara kepada pihak polis mengenai insiden berkenaan dan berharap pihak polis dapat selesaikan kes itu secepat mungkin.

Zatul yang merupakan protege kepada pelakon dan pengacara, Fauziah Ahmad Daud (Ogy) itu diminta mengulas mengenai kenyataan Mohd yang mendakwa dia difitnah oleh Zatul atas tuduhan rogol.

Mohd dalam kenyataan kepada media sebelum ini berkata, dia berhasrat mengambil tindakan mahkamah terhadap Zatul atas fitnah itu kerana kejadian berkenaan benar-benar menjatuhkan namanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan seorang lelaki yang juga juara program realiti televisyen telah di reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

Jika sabit kesalahan, penyanyi berkenaan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Mangsa yang dikatakan teman wanita penyanyi berkenaan dirogol kira-kira pukul 12.40 tengah hari pada 31 Januari 2013 di rumah pemuda tersebut di Ukay Perdaya, Ampang.

No comments: