Wednesday 13 March 2013

(VIDEO) : PERLAWANAN BOLASEPAK TERGANGGU KERANA CERPELAI MASUK PADANG..???

Sebuah perlawanan bolasepak di Switzerland mengalami gangguan setelah seekor haiwan bergigi tajam tiba-tiba menceroboh masuk ke dalam stadium dan berlegar-legar di tengah padang ketika semua pemain tuan rumah dan pasukan lawan sedang bertarung....



Haiwan seakan cerpelai itu dikenali sebagari MARTEN telah berlegar di tengah padang selama beberapa minit ketika perlawanan antara Thun menentang FC Zurich yang berlangsung Ahad lalu.


Para pemain dan pengurusan perlawanan cuba menangkap haiwan tersebut yang kemudiannya ia lari meningalkan padang. Perlawanan diteruskan namun idak lama kemudian haiwan tersebut muncul semula.



Akhirnya haiwan itu berjaya di tangkap oleh pemain pertahanan Zurich, Lois Benitto tetapi dia mengalami sedikit kecederaan setelah jarinya digigit ketika  cuba untuk membawa haiwan itu keluar padang. Penjaga gol pasukannya Davide Da Costa yang telah bersiap sedia memakai sarung tangan datang memberi bantuan dan mengalihkan MARTEN tersebut.




Keputusan perlawanan, Zurich menang...... 4- 0

No comments: