Saturday 9 March 2013

PENGGANAS SULU DI BAYAR..???


Rakan Pengganas inilah yang merosakan mayat anggota polis kita, apabila menyerang hendap mereka daripada belakang di Kg Sri Jaya Simunul pada malam Sabtu 2 Mac.

Akibat operasi udara dan darat pada Selasa akhirnya sebahagian daripada mereka maut. Sehingga kini 52 daripada mereka mati, 79 berjaya ditangkap dan 50 daripadanya ditahan melalui akta baru yang menggantikan akta keselamatan dalam negeri.

Pasukan keselamatan masih memburu saki bagi pengganas yang dipercayai bersembuyi di kawasan Kg Tanduo. Kg Tanjung Labian dan g Tanjung Batu, kesemuanya di Lahad Datu, Sabah.

Pengganas mula menawan Kg Tanduo pada malam 12 Februari. Pasukan keselamatan, tidak menyangka mereka rupanya pengganas yang diupah pihak tertentu dengan bayaran USD600 seorang untuk menceroboh Sabah, dan mengistiharkan perang dengan pasukan keselamatan negara. - sumber

Sementara itu...


LAHAD DATU – Sebanyak 71 individu yang disyaki anggota kumpulan pengganas dan tali barut kumpulan penceroboh Sultan Sulu yang mencetuskan pergolakan di Kampung Tanduo sejak Februari lalu ditangkap pasukan keselamatan.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib yang mengesahkan perkara itu berkata, kesemua individu terbabit ditangkap di dua daerah iaitu di Lahad Datu dan Semporna.
Kebanyakan suspek termasuk wanita itu ditangkap di luar kawasan Kampung Tanduo. Difahamkan suspek-suspek yang dipercayai mempunyai hubungan dengan pengganas itu berketurunan Sulu tetapi menetap di Sabah.
Penangkapan suspek-suspek itu dikatakan dilakukan dalam tempoh Kampung Tanduo dilanda krisis sehingga semalam.
Bagaimanapun, Hamza enggan mengesahkan latar belakang atau butiran lanjut mengenai tangkapan itu.
“Kita memang membuat tangkapan di Lahad Datu dan Semporna. Buat masa ini kita masih menjalankan siasatan berhubung penglibatan orang-orang yang ditangkap dengan pengganas,” kata beliau ketika ditemui di sini semalam.
Menurut beliau, kesemua tangkapan itu dibuat selepas pihaknya mendapat maklumat termasuk daripada penduduk kampung mengenai kehadiran dan gelagat individu-individu tertentu di beberapa lokasi di kedua-dua daerah tersebut.
Sumber asal dari kosmo.com.my

No comments: