Sunday 17 February 2013

RAJA BAHRIN MASUK PAS HANYA UNTUK BERBOHONG...???


Dato’ Raja Baharin yang baru menyertai Pas telah membuat pembohongan dengan berkata bahawa kerajaan negeri, di bawah pimpinan Dato’ Ahmad Said mahu runtuhkan Pasar Payang dan menghalau peniaga.

Beliau berkata, dalam ceramahnya di perhimpunan Pas kelmarin di Banggol Peradong, dekat sini.

Sebenarnya, kerajaan negeri di bawah pimpinan Dato’ Seri Ahmad Said mahu membina semula Pasar Payang dengan bentuk baru yang lebih sesuai dan selamat.

Pasar Payang yang merupakan pusat jualan pelbagai barangan tradisional terkenal di Terengganu bakal berubah wajah apabila ia digantikan dengan pasar baru empat tingkat yang berhawa dingin, tidak lama lagi.

Dengan bentuk baru yang lebih selesa, ia akan boleh menarik lebih ramai pelancong lagi mengunjungi pasar itu.

Dan adalah tidak benar, kerajaan tidak akan membenar penjualan di situ, tetapi diberi tempat yang lebih selesa.

Selain itu, sebuah hotel bertaraf lima bintang setinggi 23 tingkat yang menyediakan 550 bilik dan apartment 30 tingkat akan turut dibina berhampiran Pasar Payang, tahun ini.

Dato’ Seri Haji Ahmad, berkata bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan projek berkenaan dimulakan, semua peniaga di Pasar Payang akan dipindahkan ke tapak sementara di Pulau Warisan.

Bermakna tempat perpindahan perniagaan sementara juga disediakan, sehingga menunggu pembinaan baru pasar paying siap- itulah faktanya.

“Projek ini melibatkan pelaburan lebih RM400 juta dan akan dilaksanakan oleh syarikat swasta yang dijangka memulakan kerja-kerja pembinaan penghujung tahun ini,” katanya.

No comments: