Monday 11 February 2013

KENAPA PAS TIDAK PERNAH MENGAKU.... KENAPA PAS ASYIK BOHONG DALAM CERAMAH...???

"Yang perlu bagi kita bekerja supaya kita (PAS) boleh memerintah negara. Menang kalah itu kerja Tuhan. Jangan lintas kerja Tuhan. Orang buat kajian ini kadang-kala hendak tunjuk lebih pandai dari Tuhan."


Sebelum itu Hadi ada menerangkan tentang Negara Berkebajikan -

“Kita (ahli PAS) perlu faham tiga konsep ‘Negara Berkebajikan’. Pertama, mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kedua, ekonomi yang mencukupi dan ketika, keamanan dalam negara dan luar negara.

“Ini tiga konsep yang penting bila kita (PAS) hendak tegakkan negara. Barang kali kita tidak sedar kerja kita untuk menang pilihan raya, untuk mendirikan sebuah kerajaan yang mendaulatkan syariat Allah. Hukum Islam yang adil adalah nombor satu yang disenaraikan oleh Allah SWT pada hari kiamat kelak,” 
Harakah


Bla Bla Bla ...... 

Ya, BLA... BLA .... BLA..... ! Semuanya hanya RETORIKS. Cakap-cakap politik. Undi Pas supaya Pas boleh memerintah negara ? 

Tidakkah itu satu pembohongan besar ? Kenapa tidak pernah pemimpin Pas mahu nyatakan dengan jelas akan PERKONGSIAN SAMARATA dalam Pakatan Rakyat ? 

Kenapa Pas tidak pernah mahu mengaku yang Pas tidak punya kuasa dominan dalam PR untuk menentukan dasar dan hala tuju kerajaan PR ?

Kenapa Pas tidak pernah mahu ceritakan bahawa disebalik segala penerangan tentang cara Islam yang mahu dibawa oleh Pas, SEMUANYA masih bergantung kepada persetujuan bersama parti Dap dan Pkr ?

Kalau Dap tidak bersetuju, SEMUAnya bakal dibakulsampahkan. Bukan saja melibatkan dasar2 yang MAHU diperkenalkan, malah termasuk dasar2 yang SUDAH pun dilaksanakan di Kelantan. Dap mampu dan sudahpun buktikan pengaruhnya dalam PR.

Kenapa yang ini pemimpin Pas tidak pernah mahu ceritakan ?

Oya, sekarang semua orang Pas kata Negara Berkebajikan itu SAMA dengan Negara Islam cuma namanya saja lain. Kenapa perlu tukar nama atau DIJENAMAKAN SEMULA kalau ianya SAMA ? Apakah nama ISLAM itu tidak selengkap BERKEBAJIKAN ? 


Apakah BERKEBAJIKAN itu lebih sesuai digunakan untuk menjelaskan konsep sebuah negara Islam dari perkataan ISLAM itu sendiri ? sumber

1 comment:

perantauminda said...

menipu mana nak mengaku bro..

JOM SOKONG KEMPEN AURAT DI BAWAH:
http://wanitamelayuseksa.blogspot.com