Friday 1 February 2013

ISU AIR SELANGOR AKAN SELESAI DALAM 14 HARI...???


Dalam huru hara selangor nak bubar Dewan Undangan Negeri SELANGOR (DUN) tiba-tiba Mb Selangor Khalid Gagap , mengumumkan bahawa isu Air yang melibatkan rakyat Negeri Selangor selama hari ini akan dapat diselesaikan dalam tempoh masa 14 hari. 

Keputusan ini diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco baru-baru ini.


Selepas 14 hari, Kerjaan Negeri akan memulakan rundingan pembayaran kepada empat syarikat konsensi untuk ambil alih pengurusan segala aset industri air yang melibatkan aspek bekalan, rawatan hingga ke pengagihan.

Alangkah tertekannya kerajaan Negeri Selangor ketika ini , Khalid semestinya semakin terhimpit untuk menyelesaikan isu air di Negeri Selangor kerana ingin meraih undi walaupun terpaksa merangkak memohon bantuan daripada kerajaan pusat bagi membantunya untuk mentadbir isu Air Negeri Selangor . 

 Usaha ini susulan daripada kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru bahawa Kerajaan Persekutuan tiada masalah dengan usaha Selangor untuk menstruktur-semula industri tersebut.

Makluman pengambil alihan pengurusan air daripada syarikat konsesi dibuat melalui surat yang ditulis Kerajaan Selangor kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui.

Pada tahun 1974 Kerajaan Negeri Selangor menyerahkan pentadbiran wilayah kepada Kuala Lumpur , tetapi selepas PakatanRakyat berjaya menakluki Negeri Selangor , segalanya tidak dapat diurus dengan baik dan betul sampaikan isu air pun tidak mampu diurus dengan baik oleh si Khalid Gagap ni . 

Memang wajar lah Rakyat Selangor MENOLAK PAKATAN HARAM JADAH daripada memerintah Negeri Selangor didalam PRU-13 akan datang. 

2 comments:

The Gunners said...

14 hari nak ambik SYABAS dan syarikat konsesi air lain? MB S'gor ni mimpi agaknya. Perkara sebesar macam tu bukannya senang macam makan nasi Khalid oi.

Ahmad Farez said...

Rizab negeri kan banyak. Jadi gunakanlah rizab negeri tu untuk beli SYABAS. Bukannya susah pun. Nak beli syarikat korporat sebesar SYABAS bukan guna air liur tapi guna duit sheikh. Kalau betul Khalid prihatin nasib rakyat, buktikanlah.