Tuesday 29 January 2013

RITA TIDAK TERKEJUT AIDIL ZAFUAN REMBAT BUAH HATI NAZMI FAIZ....



BERITA yang sedang hangat di laman Twitter malam ini, kekasih (atau bekas kekasih??) kepada pemain bolasepak negara yang sedang bermain di Liga Portugal, Nazmi Faiz Mansor telah 'disailang' oleh seseorang yang juga dalam bidang bolasepak.


Gadis manis berasal dari Kelantan, Tengku Fiella dikatakan kini mempunyai hubungan intim dengan pemain bolasepak kebangsaan yang juga bekas suami kepada pelakon Rita Rudaini - Aidil Zafuan.



Berita ini kecoh selepas Nazmi Faiz meluahkan perasaan di akaun Twitter miliknya. Ada pendapat mengatakan akaun Twitter Nazmi telah digodam, kesahihan berita ini belum dapat dipastikan. -MediaPjO

Selepas itu....

Rita Rudaini yang merupakan bekas isteri kepada Aidil Zafuan tidak terkejut dengan dakwaan Nazmi yang Aidil Zafuan mempunyai hubungan sulit dengan bekas kekasihnya, Tengku Fiella.

Awal malam ini, pemain bola sepak yang kini berpengkalan di Portugal itu mengeluarkan kenyataan meminta maaf & meminta semua pihak tidak menyalahkan Aidil Zafuan kerana beliau tidak mempunyai sebarang kaitan.
Kenyataan Nazmi Faiz melalui akaun Twitter itu merupakan yang pertama semenjak isu ini menjadi perbualan peminat dunia hiburan pagi tadi.
Individu yang terkena tempias isu ini sudah tentulah bekas isteri kepada Aidil Zafuan sendiri, Rita Rudaini dan bercakap kepada Utusan Malaysia hari ini beliau menyatakan dakwaan Nazmi Faiz bukan satu kejutan.
“Ini bukan kes pertama dia dikaitkan dengan perempuan, sudah banyak kali. Saya sudah lali dengan cerita cinta dia sampaikan tak mahu fikir lagi dengan siapa dia hendak bercinta, biarkanlah dia dengan cara hidupnya”
“Cuma saya harap, dia akan selesaikan kes mahkamah kami dengan baik dan ingat akan tanggungjawab kepada anak-anak yang sudah sekian lama diabaikan,” ujar Rita Rudaini.

No comments: