Friday 18 January 2013

PRU 13 : PANTAI REMIS TIDAK PERLUKAN NGA KOR MING...!!!

MAKIN PANAS... BOLEH TERBAKOR.... MALAH RENTUNG HATI DAN PERASAAN pembangkang dengan semangat optimis yang berkobar-kobar dari BN Perak apabila Dato Seri Dr. Zambry dengan yakin berkata......


.......beliau tidak menolak kemungkinan akan berlaku kejutan di kerusi DUN Pantai Remis yang dikuasai DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Jelasnya, kerusi tradisi pembangkang yang disandang oleh Nga Kor Ming yang baru-baru ini dilaporkan terlibat dengan skandal tanah di Kelantan itu bakal memberi kejutan yang mungkin tidak diduga oleh sesiapa.

“Calon kita yang berpotensi telah bekerja begitu keras dan bukan satu kejutan sekiranya Pantai Remis dirampas semula oleh BN pada pilihan raya akan datang,” katanya lagi.



“Saya percaya kita boleh meningkatkan undi majoriti di kawasan Pengkalan Bharu dan Bruas pada PRU-13 akan datang,” katanya.
Menjawab soalan mengenai calon yang diletakkan BN bagi kawasan Pantai Remis, Zambry berkata calon telah dikenalpasti dan kini sedang berada di lapangan untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat.
“Kita telah mengenalpasti calon atau siapa yang bakal bertanding di kerusi DUN Pantai Remis…cuma saya masih belum boleh mendedahkan identiti calon itu,” jelasnya.
Mengulas mengenai lawatan kerja di Bruas, beliau yakin respon yang ditunjukkan oleh masyarakat membuktikan BN masih menjadi pilihan rakyat.
“Saya gembira dengan perkembangan dan sokongan rakyat di Bruas berdasarkan bahasa tubuh yang ditunjukkan selain menzahirkannya melalui kata-kata,” katanya lagi.

No comments: