Wednesday 23 January 2013

PENANG TU BAPAK DIA PUNYA KE....???


GEORGE TOWN : Kerajaan Pulau Pinang sekali lagi mengulangi ketegasan berhubung penggunaan nama ‘Penang’ dan tindakan itu menerima kritikan keras.Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata, apa jua acara yang ingin menggunakan perkataan ‘Penang’ perlu mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri. 

“Penganjur acara tidak boleh suka-suka menggunakan nama ‘Penang’ tanpa kelulusan daripada kerajaan Pulau Pinang.

“Sekiranya anda menganjurkan acara baru, kemudian anda perlu mendapatkan kelulusan kami.

Jika perkataan itu digunakan sebelum ini, ia berbeza kerana anda akan meneruskan tradisi itu. Tetapi jika ia acara baru, anda memerlukan kelulusan,” katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Lim berkata demikian apabila segelintir pihak membidas penganjur yang mengadakan acara Penang Run 2013 pada Hari Thaipusam.

BACA SETERUSNYA.... Pecah Palak Mikir

No comments: