Monday 7 January 2013

ISU TANAH DI KELANTAN - URUSAN PERNIAGAAN....???


KOTA BHARU - Pas Kelantan tetap mempertahankan tindakannya dalam isu pemberian tanah di kawasan Relai, Gua Musang kepada dua pemimpin DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming yang didakwa pembangkang sebagai habuan memastikan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dilantik Menteri Besar Perak pada 2008.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, isu pemberian tanah kepada wakil rakyat dari DAP itu tidak menjadi sebarang masalah kerana ia melibatkan urusan perniagaan biasa dan bukannya melibatkan rasuah.


"Jika berlaku ketirisan dan salah laku, saya sarankan mana-mana pihak yang tidak berpuas hati mengenai isu tersebut segeralah laporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM ).

"Urusan kita sah mengikut undang-undang dan kita mempunyai maklumat dan rekod untuk membuktikan kebenaran kita. Kami sentiasa buka pintu untuk SPRM menyiasat mengenainya dan ia tidak menjadi masalah," katanya dalam ceramah menjawab "Isu Fitnah UMNO" di Kelantan Trade Centre ( KTC ) di sini malam kelmarin.

Beliau berkata, tidak timbul unsur penipuan atau sebaliknya kerana urusan perniagaan di antara melalui Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan Upayapadu Plantation Sdn. Bhd dan kebetulan di dalam syarikat itu ada pemimpin DAP.

Katanya, ini melibatkan soal perniagaan dan tidak menjadi sebarang masalah sekiranya berurusan dengan sesiapa walaupun pimpinan DAP.

"Kerajaan Negeri telah beri tanah kepada YIK sebanyak 8,000 hektar untuk diusahakan dan kita perlu mencari pengusaha bagi memajukan kawasan.

"Dalam urusan harian dan agama Islam sendiri pun tak halang kita berurusan dengan Cina, Melayu, Siam ataupun Orang Asli. Yang penting mereka ada duit serta boleh memenuhi syarat yang ditetapkan dan sering kali memenuhi kriteria adalah syarikat Cina," katanya.

Nik Amar berkata, perkara itu hanya ditimbulkan kerana Kerajaan Negeri hanya memberi peluang perniagaan itu kepada Cina dan bukannya Melayu.

1 comment:

Anonymous said...

pandailah ko mempertahankan kemungkaran.......ingatlah wahai manusia, Allah maha mengetahui