Tuesday 15 January 2013

E-CIGARETTE MENINGKATKAN TAHAP KETAGIHAN MEROKOK.....???!!!

Liow Tiong Lai

BANGI - Kementerian Kesihatan memantau rapi penjualan rokok elektronik atau e-cigarette di pasaran bagi memastikan ia tidak menjejas kesihatan penggunanya, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
 
Beliau berkata kementerian telah mengesan terdapat rokok elektronik yang mempunyai cecair nikotin dalam pelbagai kepekatan di pasaran.
 
"Pengguna harus tahu bahawa rokok elektronik yang terdapat cecair nikotin akan membawa padah kepada pengguna kerana ia hanya meningkatkan ketagihan merokok. Ia boleh menjadi suatu bencana," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen '1,000 Hari Pertama Kehidupan Ke arah Generasi Sihat' di Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan Pengarah kesihatan Negeri Sarawak Datuk Dr Zulkifli Jantan bahawa menjual, mengedar atau menyimpan rokok elektronik adalah satu kesalahan di bawah Akta Racun 1952 serta Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
 
Akhir-Akhir ini, rokok elektronik yang menggunakan cecair bagi menghasilkan wap dalam rokok itu dijual secara berleluasa dan mendapat sambutan hangat di kalangan perokok.

Menteri Kesihatan berkata, pada ketika ini tiada kawalan berhubung penjualannya di negara ini kerana rokok elektronik tanpa cecair nikotin diguna untuk mengurangkan ketagihan perokok.
 
"Justeru, kita perlu meneliti kegunaan e-cigarette," katanya.
 
Bagaimanapun, beliau berkata, kementerian mengawal penjualan cecair nikotin mengikut Akta Racun 1952 dan ia hanya boleh dibeli melalui ahli farmasi berlesen serta pengamal perubatan berdaftar.
 
"Kementerian Kesihatan mengawal penjualan cecair nikotin agar ia tidak boleh dijual sebarangan kerana penggunaan yang berlebihan dalam rokok eletronik akan meningkatkan ketagihan terhadap rokok dan memudaratkan kesihatan," katanya.
 
Selain itu, Liow berkata kajian terperinci akan dibuat untuk melihat bagaimana rokok elektronik boleh membantu perokok mengurangkan ketagihan. - Bernama

3 comments:

acan6060 said...

Saya sebagai perokok tegar sebelom ni...minta kerajaan meluluskan rokok elektronik ni..kerana saya sendiri telah berjaya berhenti merokok dalam masa 2 minggu sahaja atas bantuan rokok eletronik ni...rokok elektronik ni tak akan lama pengunaannya..kerana sampai 1 tahap..perokok malas nak chas batery..sekarang saya telah bebas rokokk...

Bicara Perjuangan said...

BICARA PERJUANGAN mengucapkan tahniah kepada acan6060, dari seorang perokok tegar kini dah bebas rokok.

Unknown said...

As salam..sye sendiri pn dh bhenti hsap dunhill slpas mncube vapor e cigarette....dada pn x sakit lg.