Thursday 24 January 2013

AWIE HANGIN DIKRITIK PEMINAT KERANA BUKA KELAB MALAM....!!!


Walaupun menerima kritikan dari peminatnya sendiri, Awie berniat untuk membuka 3 lagi cawangan terbaru kelab malamnya. Pada masa kini kelab malam milik Awie, Malai Rock Station dibuka di Ipoh, Perak. Awie bercadang untuk membuka 3 cawangannya lagi di Kuala Lumpur, Johor dan Kuatan.
Awie menyatakan rasa tak puas hatinya kerana menerima krtikan dari orang ramai dan pihak media. Awie meminta peminatnya agar tidak menilai perniagaan kelab malam sebagai perniagaan yang hina.

Ramai lagi anak melayu yang membuka kelab malam. Kenapa apabila saya membuka kelab malam, ramai yang mengkritik. Saya telah lama dalam bidang hiburan dan memang bidang hiburan ini tempat cari makan saya. Saya hanya tahu menjalankan perniagaan dalam bidang ini. Takkan saya nak jual nasi lemak sedangkan ianya bukan bidang saya.’
‘Apa salahnya saya membuka perniagaan dalam bidang hiburan dan jangan persoalkan soal hukum hakam hanya kerana saya seorang artis.’
‘Hina sangat ke buka kelab malam. Sedangkan ramai lagi anak melayu buka kelab malam. Kenapa apabila saya buka kelab malam ramai sangat yang mengkritik. Saya hanya berniaga mencari rezeki untuk diri sendiri dan keluarga’ kata Awie lagi.







*** Dah nama pun kelab malam.... macam-macam maksiat boleh berlaku.... agaknya peminat kritik sebab itu lah kot atau paling tidak pun hal seperti dalam bulatan merah dalam gambar di atas..... wallahu'alam.

No comments: