Thursday 13 December 2012

SURAT KHABAR UNTUK BERCERAI...???



Surat Khabar yang diberi nama ‘Divorce Newspaper‘ ini diciptakan oleh seorang pakar perceraian bernama Guru Hiroki Terai. Surat Khabar  ini akan memaparkan berita kepada khalayak ramai bahawa pernikahan seseorang telah berakhir. Kerana keunikannya tersebut, maka tak hairan jika suratkhabar ini semakin popular di Jepun.



Tujuan positif  adalah untuk memberitahu  kepada masyarakat umum, punca dan sebab kenapa sepasang suami-isteri boleh bercerai. Hal ini nampaknya dapat dipelajari oleh pasangan lain di luar sana agar mereka tak termasuk ke dalam kategori orang-orang yang terpampang di surat khabar tersebut.

Surat khabar  ini dijual dengan harga ¥11,220 ($140) untuk senaskah dan ¥15,490 ($200) untuk dua naskah, sedangkan untuk pembeli yang sudah mengalami perceraian akan mendapatkan harga diskaun istimewa iaitu 50%/senaskah.

Difahamkan pasangan-pasangan yang artikelnya akan dimuatkan di surat khabar ini akan di wawancara secara eksklusif bermula dari awal pernikahan, perasaan ketika menjalani pernikahan sehinggalah ke detik-detik terakhir mereka mengambil keputusan untuk bercerai...

No comments: