Monday 3 December 2012

DEEPAK BIKIN GEMPAK..... !!!

Macam bapok jer.....

Anwar Ibrahim kelihatan sangat jelas terdesak untuk mendapatkan 'bukti' dan 'saksi' bagi memanjangkan cerita yang dianggapnya sebagai satu aset dalam serangan menjatuhkan Najib Abdul Razak dan UMNO-BN menjelang PRU13.

Dan seperti biasa, di sebalik laungannya dan kecamannya tentang serangan terhadap ahli keluarga yang tidak terlibat dengan dunia politik, kaedah itulah yang paling digemari oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya.



Serangan terbaru terhadap Rosmah Mansor dan Najib Abdul Razak kini menggunakan seorang ahli perniagaan bankrap yang cuba digambarkan sebagai tidak mempunyai kepentingan dalam dunia politik. Pun begitu, di sebalik tiada kepentingan politik, ahli perniagaan tersebut ternyata seorang yang menghadapi masalah kewangan yang sangat teruk dan terpaksa menggapai apa-apa sahaja demi menyelamatkan perniagaan dan syarikatnya.

Deepak Jaikishan, merupakan individu terdesak yang dilihat oleh Anwar Ibrahim sebagai lembu pawah yang boleh dipergunakan dengan sebaik-baiknya.

Rosmah Mansor adalah pelanggan Deepak Jaikishan dan hubungan tersebut bermula semenjak sebelum Najib Abdul Razak menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi.

Deepak berhadapan dengan masalah kewangan yang sangat teruk dan berhutang ratusan juta ringgit dengan Kuwait Finance House. Kemudahan kredit Deepak dengan institusi kewangan tersebut telah dihentikan apabila institusi kewangan berkenaan mengesyaki wujudnya unsur-unsur penyelewengan membabitkan seorang pegawainya sendiri.

Apabila pegawai tersebut dipindahkan ke unit lain dan pegawai baru mengambilalih, Deepak mula terasa bahangnya. Dia menjadi panik dan mula menekan butang di sana sini. Lebih-lebih lagi apabila siasatan yang dijalankan oleh KFH mendapati, memang wujud penyelewengan dan baki pinjaman telah dihentikan. Bahkan Deepak diarahkan membayar kembali pinjaman berkenaan secara ansuran yang jumlahnya mencecah jutaan ringgit setiap bulan.

Gagal membuat pembayaran, Deepak berhadapan pula dengan tindakan mahkamah oleh KFH. Akhirnya, Deepak diisytiharkan muflis. Seluruh perniagaan keluarga yang diwarisinya hancur. Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pula masuk dan merampas semua fail-fail dari pejabatnya.

Tatkala itulah, Deepak MENJUAL NAMA ROSMAH MANSOR di hadapan pegawai-pegawai SPRM dan LHDN. Kononnya, dia mempunyai hubungan rapat dengan Rosmah Mansor. Dengan nada kuat dan lantang, Deepak cuba 'mengarahkan' Rosmah Mansor agar memberitahu suaminya, Najib Abdul Razak agar menggunakan jawatannya selaku Menteri Kewangan Malaysia agar menyelamatkan syarikatnya.

Tindakan Deepak itu ternyata memakan diri. Rosmah Mansor menamatkan sebarang hubungan dengan Deepak. Semua panggilan daripada Deepak, tidak dilayan. Rosmah Mansor baru sedar, Deepak telah menyalahgunakan hubungan mereka kerana Rosmah adalah isteri Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Deepak yang kebingungan, akhirnya diberitahu bahawa orang yang boleh menyelamatkannya adalah ANWAR IBRAHIM...

Dan kisahnya pun bermula.... di sini

No comments: