Wednesday 10 October 2012

PANASSSS!!!! PAS PADANG RENGAS TIKAM RAKAN SENDIRI...!!!!



PENDEDAHAN berikut adalah bukti bahawa puak-puak hijau haluan kiri ni benar-benar telah mempraktikkan KONSEP NEGARA BERKEBAJIKAN PAS yang mereka laung-laungkan dan inginkan!!!




Nak membina surau.... memanglah sangat berkebajikan.... maklumlah usaha murni untuk membina 'rumah Allah'.  TE....TAPPIII..... dalam masa yang sama mereka sebenarnya telah 'menikam' segala usaha KEBAJIKAN yang telah dilakukan oleh saudara Ahmad Zaini Bin Abdul Rahim seorang guru agama yang juga Ahli pas dari MAAHAD AL YAHYAWIYAH (PADANG RENGAS,PERAK) yang telah berkhidmat selama 50 tahun  di MAAHAD AL YAHYAWIAH...

Bila tiada perbincangan antara kedua pihak, Perilaku itu diumpamakan seperti "BELANDA MINTA TANAH"!!!  Pihak pengurusan sekolah tersebut didalangi oleh:

- Haji Mohd Yazid B. Yeop Baharuddin (PENGERUSI LEMBAGA PENGURUSAN)- YB. Hj. Zainuddin B. Mohd Yusof (ADUN PAS LUBUK MERBAU)- Haji Mohd Radhi B. Petah (PENGETUA & AKTIVIS PAS PADANG RENGAS )- Azizi B. Riduan (GURU & AKTIVIS PAS PADANG RENGAS )- Mohd Fuad B. Hj. Hussin (GURU & AKTIVIS PAS PADANG RENGAS )


Dalam lampiran yang diserahkan pada saya oleh sedara Ahmad Zaini B. Abdul Rahim, Surat perintah dari pihak MAAHAD AL YAHYAWIYAH agar sedara Ahmad Zaini mengosongkan rumah/tanah tersebut (REZAB JKR DAN MASIH DI BAWAH URUS TADBIR PERTADBIRAN TANAH DAN DAERAH KUALA KANGSAR) dalam tempoh 1 bulan setengah iaitu sebelum 30 november 2012 berhampiran MAAHAD AL YAHYWIYAH untuk pembinaan SURAU kononnya. 

Sedangkan saya dimaklumkan di kawasan berhampiran, telah sedia ada 2 surau yang berdekatan.  Yang lebih memeritkan lagi keadaan, hanya wang  berjumlah RM1000 diberikan kepada saudara Ahmad Zaini   sebagai SAGUHATI (nk sebut rasuah boleh tak?)  agar beliau memberikan kerjasama@menurut perintah Pengurusan MAAHAD AL YAHYAWIYAH yang bersendikan BERKEBAJIKAN kononnya. 

Dan saya diberitahu TIDAK ADA PERUNTUKAN yang tersedia untuk pembinaan surau berkenaan TETAPI pihak Pengurusan MAAHAD AL YAHYAWIYAH berlaku KEJAM DAN TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN terhadap seorang guru yang 50 tahun bersama membangunkan MAAHAD AL YAHYAWIYAH.

Salah guna kuasa dan pampasan (wang saguhati aka rasuah) yang tidak masuk akal ini telah dimaklumkan kepada pihak Berkuasa Polis Cawangan KUALA KANGSAR :




UNTUK REKOD..... BERIKUT DIPAPARKAN SEMULA.... KONSEP DAN DEFINISI NEGARA BERKEBAJIKAN :

Negara Berkebajikan didefinisikan sebagai:
"Sebuah Negara yang mengutamakan kebajikan dan keselesaan rakyat sebagai agenda utama pembangunan negara". 
Negara Berkebajikan mementingkan pembangunan, tetapi matlamat nya ialah kesejahteraan rakyat kebanyakan. 
Ciri-ciri Negara Berkebajikan
 
1)    Tujuan utama pembangunan adalah bagi manfaat dan kebajikan rakyat awam
2)    Kerajaan adalah "guardian" atau Penjaga (ibu-bapa) kepada rakyat
3)    Penekanan kepada kecemerlangan moral dan nilai keinsanan (Ethic and human centric)
4)    Kebendaan adalah modal, pembangunan insan adalah matlamat
5)    Kesaksamaan asas di kalangan semua rakyat dipastikan, kecemerlangan individu di galakkan
6)    Kebajikan rakyat adalah tanggungjawab negara
7)    Rakyat sejahtera, negara makmur 
Negara Berkebajikan PAS selaku "ibu-bapa" kepada rakyat tidak akan menganggap program kebajikan dan subisidi rakyat, yang tidak mempunyai pulangan keuntungan (dalam bentuk wang ringgit) sebagai satu bebanan atau kerugian, bahkan ia merupakan satu tnaggungajawab. Kerajaan UMNO/BN pula menganggap program kebajikan dan subsidi sebagai satu bebanan yang seboleh mungkin mahu dipertangungkan ke atas bahu rakyat.  http://presiden.pas.org.my 
Ditulis oleh DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANGRabu, 27 Februari 2008 03:30

tq : daengselili

No comments: