Monday 22 October 2012

MELAYU FELCRA.... TOLONGLAH!!! JANGAN JUAL TANAH ANDA..!!!


Melayu Felcra jangan jadi bodoh - Zambry



BACA SETERUSNYA..........


Kerajaan negeri Perak mengingatkan peserta Felcra supaya tidak menjual tanah yang dianugerahkan kepada mereka untuk mendapat wang mudah. Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata sebaliknya tanah itu perlu diusahakan bersungguh-sungguh bagi menjamin masa depan mereka.

"Kerajaan negeri menghargai supaya mereka terus mengusahakan tanah itu yang dapat memberi pulangan untuk jaminan masa depan mereka dan generasi akan datang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan surat hak milik ladang kepada peserta Felcra Berhad Seberang Perak di sini,semalam.


Pada majlis itu seramai 1,305 peserta Felcra dianugerahkan tanah seluas 2.4 hektar setiap seorang. Zambry diminta mengulas tindakan segelintir peserta Felcra yang terpedaya menjual tanah kepada pihak tertentu yang menawarkan harga yang tinggi. Sementara itu, Zambry berkata Felcra merancang menubuhkan bandar baru Felcra Jaya di tanah sawah berhampiran jalan Teluk Intan - Lumut.

Beliau berkata kawasan itu bakal menjadi pusat perniagaan dan penempatan baru tidak lama lagi. Katanya, projek itu akan menjadikan Felcra Seberang Perak sebagai kawasan pertumbuhan ekonomi yang memberi impak besar kepada penduduk tempatan. - Bernama @ UtaraNews

No comments: