Tuesday 18 September 2012

DAPATKAN SOALAN PERCUBAAN SPM 2012



Peperiksaan SPM 2012 akan dilangsungkan pada 5 November – 6 Disember 2012. Pelajar-pelajar yang bakal menduduki SPM 2012 tidak lama lagi tentu sedang giat mengulangkaji pelajaran untuk mendapat keputusan yang cemerlang pada SPM nanti.


Sedikit info tentang SPM :


Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM adalah sejenis peperiksaan yang dianjurkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Usia purata pelajar semasa mengambil SPM ini adalah 17 tahun, iaitu semasa di Tingkatan 5. Ia merupakan ujian terakhir pendidikan menengah atas.

SPM merupakan syarat untuk pelajar di Malaysia untuk menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Pelajar mempunyai pilihan sama ada untuk mengambil STPM, Matrikulasi atau kursus asas universiti. Pelajar juga boleh mengambil kursus luar negara seperti A-level.

Percubaan SPM 2012: 


Sebelum menghadapi peperiksaan sebenar, calon akan diuji dengan soalan percubaan supaya calon SPM dapat menilai tahap dan keupayaan sebenar sebelum menduduki SPM yang sebenar.


Kertas Percubaan SPM 2012 

Kertas Percubaan SPM 2012 Sekolah Berasrama Penuh

Kertas Percubaan SPM 2012 MRSM

Kertas Percubaan SPM 2012

Koleksi Kertas Percubaan SPM 2011, 2010, 2009 dan 2008

Semoga semua calon SPM 2012 akan mendapat keputusan yang cemerlang dan selamat menghadapi Peperiksaan SPM 2012.

Semoga ilmu yang kita perolehi akan diberkati dunia dan akhirat.

zikron

No comments: