Sunday 12 August 2012

RADIO SWASTA CAYORFM - MUZIK TANPA SEMPADAN

www.cayorfm.org 
www.cayorfm.blogspot.com



Mungkin bagi yang pertama kali mendengar namanya.... agak hairan dengan radio swasta ini.  Lihat bahasanya.... dialek/loghat  Perak, tentulah 'dilahirkan' di Perak...

Ianya adalah Radio Internet Swasta Pertama di Negeri Perak telah berjaya ditubuhkan oleh seorang Deejay Radioyang terkenal di Negeri Perak ini. Deejay tersebut adalah Deejay YEOB AZIZ MOHD DESA.Beliau amat dikenali di seluruh negeri Perak malahan seluruh negara.

CayorFm -Muzik Tanpa Sempadan. 
Itulah nama siaran radio yang telah mula beroperasi di tingkat 18 Banggunan PTTC di Meru Raya,Ipoh (Banggunan Batman).


Laman Web cayorfm
Artikel daripada www.cayorfm.blogspot.com 

Kepada pendengar radio Perak FM tentu mengenail DJ Yeop Aziz. Sebelum bertugas di Perak beliau pernah bertugas di THR .. bersama Dj Nasha, Abby Fana, Richie Rachmond dan ramai lagi. Kini THR dah tak bergegar lagi lalu Yeop membawa diri ke Taiping Perak. Tak lama kemudian dengan bantuan OBA beliau diterima bertugas di Perak FM.



Sebelum itu Yeop adalah DJ Freelance, sering dilihat dimajlis-majlis koperat dan sebagainya. Yeop pernah top dengan Perodua Kembara dan setelah Kembara hancus kerana terlalu banyak perbatuannya, kini beliau menggunakan Perodua Myvi untuk tujuan promosi pelbagai-bagai acara. Siapa tak kenal Yeop. Yeop juga penggemar Radia Amatur. Kata Yeop dia pernah ditahan polis kerana asyik dok beradio atas skuter Modenas Legend beliau. Itu dulu punya cerita.  


Cayorfm di Mydin Mall Meru Raya


Assalamualaikum kepada seluruh sahabat saya di laman maya FB ini..saya nak mengumumkan sesuatu yang saya harap mendapat sokongan dari anda semua dan juga dari kawan kawan anda di FB atau apa cara sekalipun ..dari mulut ke mulut dan lain-lain cara.Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim dengan ini saya telah dan dalam proses mengujudkan satu lagi stesyen radio swasta di negeri Perak ini berjenamakan 

CAYORFM...buat masa ini saya sedang menjalankan UJIAN SIARAN melalui laman web iniwww.cayorfm.org . Oleh itu silakan untuk mendengar,menilai,memberi pandangan,menambah baik mutu siaran dan apa apa sahaja yang boleh dikongsi untuk kebaikan bersama..terima kasih saya dahulukan untuk semua yang memberikan sokong.


Blog cayorfm

No comments: