Monday 13 August 2012

LETUPKAN MESIN ATM TAPI GAGAL LARIKAN WANG...


Hiasan

MELAKA: Sungguhpun dengan menggunakan bahan letupan, namun sekumpulan perompak gagal dalam cubaan mereka melarikan wang dalam sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Masjid Tanah di sini awal pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata dalam kejadian 3.20 pagi itu, sejenis bahan letupan dipasang pada salah sebuah mesin ATM di bank tersebut yang menempatkan dua mesin ATM dan satu mesin deposit wang (CDM).
Beliau berkata letupan itu bukan saja mengakibatkan kerosakan teruk pada mesin ATM itu malah menyebabkan cermin bahagian hadapan bank tersebut pecah selain keretakan pada dinding dan siling bangunan itu.
"Polis menerima panggilan jam 3.40 pagi. Menurut saksi perbuatan itu dilakukan empat lelaki yang menaiki dua motosikal namun mereka gagal melarikan wang daripada mesin ATM tersebut," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Ahad.
Beliau berkata jenis bahan letupan yang digunakan masih dalam siasatan. - BERNAMA
****Tidak pasti samada penjenayah itu beragama Islam atau tidak.... jika ia, mungkin sangat terdesak agaknya tu... raya dah dekat, persiapan menyambut raya utk ibubapa, isteri atau anak-anak sangat merisaukannya.... tu yg berani mati letupkan mesin ATM tu.... sib baik gagal.... kalau berjaya, duit raya utk bebudak pun duit rompakan ye..????

No comments: