Wednesday 8 August 2012

AISHAH KAWIN LARI DI SEMPADAN THAILAND...???


Alangkah Terperanjatnye!!! Seorang bekas penyanyi popular Negara telah menikahi seorang duda yang beranak 6 di sempadan Thailand. 

Aishah , Bersama suaminya yang ketiga Faizal Sazali Zulkifli pada 30April lalu selamat diijab kabulkan di sempadan THAILAND. Perkara tersebut diakui sendiri oleh Aishah , kerana Suaminya masih belum mendapat surat perakuan cerai oleh Jabatan Agama Islam. Maka langkah tersebut diambil bagi mempercepatkan perkahwinan mereka. 

Tertanya-tanya jugak lah, mengapa perlu sampai ke Sempadan Thailand untuk bernikah? Adakah kerana Aishah terlanjur dahulu sebelum bernikah ? Adakah Aishah adalah perampas kebahagiaan bekas isteri kepada suaminya? Walau belum mendapat surat perakuan cerai, lelaki tetap boleh bernikah pada bila-bila masa yang dikehendakinya jika 'kuota'nya masih tidak melebihi 4 orang isteri.

Aishah memuat-turun gambar pernikahannya di laman sosial Facebook miliknya. Dalam laporan sebuah akhbar hari ini, Aishah memberitahu dia dan suami terpaksa bernikah di sempadan Thailand kerana suaminya belum mendapat surat cerai. Dalam masa yang sama, Aishah juga menafikan perceraian suaminya dengan bekas isteri ada kena-mengena dengan dirinya.

Ini adalah perkahwinan ketiga Aishah. Sebelum ini dia pernah mendirikan rumahtangga dengan seorang lelaki Singapura sebelum berkahwin semula dengan lelaki warga New Zealand pada September 1997. Hasil perkahwinan kedua, Aishah dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia 10 tahun. Selain itu, Aishah juga mempunyai seorang anak angkat berusia 16 tahun.

*** Sedar atau tidak, boleh dikatakan semua artis di Malaysia ni kalau nak kahwin dgn suami orang, pasti suaminya akan menceraikan isterinya terlebih dahulu dan macam biasa, artis tu tetap menafikan bahawa dialah punca perceraian itu...(takkan nak mengaku... kan.. kan : ye, sayalah punca beliau bercerai..haha) Namun begitu jika suaminya itu ingin pula berkahwin lain, pasti artis tersebut pun minta diceraikan.... Biasalah artis, ambik orang punya tak apa, tp jangan orang lain ambik dia punya!!!!! 

1 comment:

Najib Gor said...

Eh? Apa masalah kawin kat thailand? Bukan ke Ulama Muda UMNO Fathul Bari pun kawin lari kat thailand jugak? hehhee