Thursday 19 July 2012

HALLE BERRY CEDERA KETIKA BERAKSI


LOS ANGELES  - Pemenang Oscar, Halle Berry dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan kecil pada bahagian kepala ketika melakonkan aksi pergaduhan untuk filem terbarunya.

Pelakon itu terhantuk kepala pada konkrit selepas "terjatuh" dan mula muntah menyebabkan pasukan bantuan menasihatkan beliau ke hospital, lapor laman web hiburan TMZ.

"Halle Berry mengalami kecederaan kecil pada kepala ketika rakaman pergaduhan di set pengambaran untuk filem 'The Hive'," kata jurucakap bintang Hollywood itu.

"Beliau dibawa ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga tetapi beliau disahkan sihat dan sudah keluar."

"Beliau meneruskan pengambaran seperti yang dirancang," kata jurucakap, Meredith O'Sullivan kepada AFP.
TMZ melaporkan kejadian berlaku lewat malam Selasa dan Berry telah dirawat di Cedar Sinai Hospital, di sini. - AFP

No comments: