Sunday 29 July 2012

2 'HACKERS' JUAL MAKLUMAT DITAHAN


Polis Korea Selatan menahan dua penggodam yang mencuri maklumat peribadi 8.7 juta pelanggan syarikat telefon bimbit kedua terbesar Korea Selatan, kata syarikat itu. 

KT berkata, penggodam itu yang ditahan sudah mencuri data seperti nama pelanggan, nombor telefon dan alamat tempat tinggal untuk lima bulan sejak Februari dan menjualnya kepada firma pemasaran. 
"Jumlah akaun yang terjejas adalah hampir separuh daripada 17 juta pelanggan kami," kata jurucakap KT dan menambah syarikat itu sudah memaklumkan kes berkenaan kepada polis pada 13 Julai selepas mengesan serangan penggodam berkenaan. 
Dua individu telah ditahan termasuk bekas pengaturcara berpengalaman di sebuah syarikat teknologi maklumat tempatan dan mereka dipercayai telah memperolehi kira-kira 1 bilion Won (RM2.5 juta) dengan menjual data yang dicuri. 

No comments: