Friday 1 June 2012

PR TERKEDU!!! NAJIB TIDAK TERLIBAT KES ALTANTUYA - MUSA HASSAN



Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendedahkan bahawa Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah memanggil pimpinan tertinggi Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung tuduhan bahawa Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak terbabit dalam pembunuhan penterjemah warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Menurut Musa Hassan, beliau sendiri memberi taklimat kepada Abdullah- perdana menteri ketika itu – mengenai tuduhan yang dilemparkan terhadap Najib.
“Saya beri taklimat kepadanya (Abdullah) saya katakan yang terlibat (ialah) Abdul Razak Baginda bersama dua anggota polis (yang telah disabitkan dengan tuduhan pembunuhan tersebut).
“Beliau (Abdullah) tanya Datuk Seri Najib ada terlibat sama? Saya kata tak ada menunjukkan dia terlibat sama,” kata Musa dalam wawancara denganMalaysiakini minggu lalu.
Bekas IGP itu juga berkata, adalah tidak benar dakwaan bahawa isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian semasa Altantuya dibunuh.
NONE“Orang boleh spin macam-macam kata isteri Najib pun ada masa sama
(Altantuya diletupkan). Saya dapati (mereka) tak terlibat,” katanya sambil menambah yang melakukannya ialah dua anggota polis terbabit.
Musa berkata, taklimat itu diberikan kepada Abdullah selepas penyiasatan polis selesai dan keputusan diambil untuk mendakwa Abdul Razak dan dua anggota polis tersebut pada awal tahun 2007.
Menurut sumber, mantan peguamcara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan Musa bertemu dengan Abdullah mengenai kes pembunuhan Altantuya pada sekitar tahun 2007.
Bagaimanapun, ketika dihubungi oleh Malaysiakini, Yusof tidak memberikan apa-apa komen.
Altantuya Shariibuu dijumpai mati pada 18 Oktober 2006 di sebuah lokasi di Shah Alam selepas ditembak dan diletupkan dengan C4.
Selain Abdul Razak Baginda, pemikir kepada Najib, dua anggota polis – Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dari UTK – dihadapkan ke mahkamah.
Pada 9 April 2009, Azilah dan Sirul didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati. Abdul Razak Baginda pula didipati tidak bersalah dan dibebaskan. Abdul Razak kini menetap di London untuk menyelesaikan pengajian peringkat PHD di Universiti Oxford.
Rayuan yang difailkan oleh Azilah dan Sirul Azhar terhadap hukuman tersebut dijadual didengar Ogos ini.

AMIN ISKANDAR adalah kolumnis Malaysiakini. Beliau turut bersama dalam wawancara dengan Tan Sri Musa Hassan yang dijalankan Fathi Aris Omar, Hafiz Yatim, Ahmad Fadli KC dan Nigel Aw.

No comments: