Sunday 10 June 2012

NIK AZIZ BERSARA SERTA-MERTA!!!.... TUN M DIPELAWA JADI PENASIHAT YAMAN!!!!


Perdana Menteri Yaman Mohamed Salem Basendowah mempelawa bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi penasihat ekonomi khas negara itu.
Menurut kenyataan Kedutaan Besar Malaysia di Sana’a, Dr Mahathir berkunjung ke Yaman pada Khamis bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung pelawaan Mohamed Salem itu.
Semasa lawatan itu, Mohamed Salem menganjurkan majlis makan tengah hari untuk Dr Mahathir, diikuti satu pertemuan yang dihadiri bekas perdana menteri Yaman, menteri daripada parti pemerintah dan pembangkang, pegawai kanan kerajaan serta seorang pegawai Bank Dunia.
Kenyataan itu juga menyebut pemimpin Yaman tersebut menyifatkan pencapaian dan transformasi negara daripada ekonomi berasaskan pertanian kepada sebuah negara maju sebagai ‘Keajaiban Malaysia’.
Menurut kenyataan itu, Dr Mahathir mengambil peluang untuk berkongsi pengalaman Malaysia dan dasar yang dilaksanakan sepanjang tempoh 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri.
***Tun Mahathir walaupun telah bersara dari politik, tetapi beliau masih menjadi perhatian negara-negara dunia kerana kebijaksanaannya mentadbir Malaysia. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau berjaya membawa pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan dari kejayaan negara-negara luar sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai salah sebuah negara yang berdaya maju di Asia Tenggara sehingga pernah dinamakan sebagai salah sebuah negara 'Harimau Ekonomi Asia'
Usaha beliau yang paling diingati dan dianggap paling berani oleh masyarakat Malaysia dan antarabangsa adalah ketika membawa Malaysia keluar dari Krisis Kewangan Asia 1997 dimana beliau telah menolak cadangan dan juga dana bantuan dari IMF yang beliau sifatkan akan memburukkan lagi krisis.
Hampir 8  tahun Mahathir bersara daripada jawatan Perdana Menteri Malaysia. Nik Abdul Aziz yang pernah menyatakan bahawa dia akan bersara sekiranya Mahathir bersara daripada jawatan Perdana Menteri Malaysia, masih kekal sebagai Menteri Kelantan dan Mursyidul Am PAS, sekaligus memungkiri janji yang dilafazkan olehnya sendiri.
Mungkin.... kenyataan dari pemimpin Yaman tersebut akan membuatkan Nik Aziz terkaku dan sekaligus menyatakan utk bersara serta-merta dari politik...... ho'aloh!!!!

4 comments:

Kinta Menjerit said...

Blog akak dah masuk dalam list KINTA MENJERIT

http://kinta-menjerit.blogspot.com/

Anonymous said...

Pork nik cakap tak serupa bikin. Mengaku ulamak tapi cakap berbelit. Bila bercakap dia berbohong. Bukankah ini termasuk dari golongan munafik.

Anonymous said...

dia cakap, dia sendiri tafsir dan hanya dia sendiri yg faham.

Bicara Perjuangan said...

Terima kasih, Kinta Menjerit.

Pok Nik bkn setakat berbohong... tp dia juga terror putar belit cakap...
Seorang ulama bila berbicara tidak sombong dan takbur, patah2 perkataan yang keluar dari mulut seorang ulama sentiasa menggembirakan semua org walaupun org itu adalah musuhnya dan sentiasa mendoakan yg baik2 utk musuhnya.... Ulama kah Pok Nik..??? Ular dlm semak mungkin....!!!!