Monday 11 June 2012

DAULAT TUANKU : SULTAN SEBAK, TERHARU SOKONGAN RAKYAT...


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebak ketika menyampaikan titah di hadapan kira-kira 30,000 rakyat Johor pelbagai kaum dan agama yang berhimpun secara aman di perkarangan Istana Pasir Pelangi di sini bagi menyatakan sokongan dan taat setia kepada baginda.


Sambil menitiskan air mata, Sultan Ibrahim bertitah tidak akan melupakan hari ini yang dianggap amat bersejarah.


Pertama Sekali Saya Ingin Ucapkan Ribuan Terima Kasih Dimana Tadi Saya Dengar Ikrar Taat Setia Dan Sayang Kepada Saya. Begitu Juga, Saya Sayang Rakyat Saya.

Tiada Rakyat, Tiada Raja. Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada. Lagi Satu Saya Nak Ingatkan Semua, Saya Ada Permintaan, Saya Nak Rakyat Saya Semua Bersatu, Tak Kira Kaum, Mesti Bersatu. Bersatu Kita Kuat, Bercerai Kita Runtuh. Saya Tidak Akan Lupa Hari Bersejarah Ini Sampai Bila-Bila.

Titah DYMM Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar,
Sultan & Yang Dipertuan Bagi Negeri & Jajahan Takluk Johor Darul Takzim.
10/06/2012 Istana Pasir Pelangi Johor

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

LIHAT VIDEO.....DI SINI

No comments: