Saturday, 23 June 2012

KENYATAAN SEWEL FAEKAH : NAFI BERI SOKONGAN TAPI TANDATANGAN SURAT....


Kalau dah namanya Faekah Husin, licin mukanya kerana berminyak, licin jugalah lidahnya memberikan alasan sekalipun alasan itu hanya mendedahkan lagi tembelang busuknya selama menjadi SETPOL Khalid Ibrahim.
Pendedahan yang dibuat oleh SEL13.COM berhubung dua pucuk surat yang mengandungi tandatangan Faekah Husin sekaligus menunjukkan amalan kronisme melampau dalam Pejabat Menteri Besar Selangor, ternyata membuatkan SETPOL Khalid Ibrahim itu tidak senang duduk.

Sudahlah tidak sampai tiga hari, satu gerakan dari dalam PKR Selangor sendiri yang mendesak agar Faekah Husin dipecat dari jawatannya dan dihalau keluar dari Pejabat Menteri Besar Selangor berhubung penyalahgunaan kuasa yang sangat besar, selain sikap memandai-mandai dan lepas mulutnya, kini orang yang gemar mencari salah silap Khir Toyo itu berhadapan pula dengan sesuatu yang lebih besar.
Dan kali ini, maklumat yang diperolehi oleh portal berkenaan dipercayai datangnya dari dalam PKR terutama sekali dari puak yang mengatur gerakan menghalaunya dari Pejabat Menteri Besar Selangor kerana kerap sangat mempamerkan kebenciannya terhadap Azmin Ali.
Mungkin disebabkan sudah terdesak dan tersepit, akhirnya Faekah mengakui bahawa memang dia menandatangani surat sokongan berkenaan. Menariknya alasan yang diberikan oleh Faekah ialah, DIA MENANDATANGANI SEMUA SURAT yang meminta sokongannya untuk dihantar kepada GLC.
Dengan kata lain dan dalam bahasa yang paling mudah, Faekah tidak membaca surat-surat yang sampai kepadanya, sebaliknya dia terus menurunkan tandatangan!
Dia menafikan memberi sokongan tetapi mengakui dia menurunkan tandatangan!
Ini jenis pengakuan pembelitan apa yang cuba dilakukan oleh Faekah untuk membodohkan rakyat Selangor?
Faekah mencabar agar mana-mana pihak yang menuduhnya melakukan kronisme agar menemui GLC itu dan memastikan sama ada syarikat guaman anak saudaranya mendapat projek atau tidak berkat sokongannya. Tetapi pada masa yang sama, Faekah yang sama jugalah yang sibuk membuat pelbagai tuduhan terhadap pemimpin-pemimpin UMNO Selangor walaupun dia sendiri tidak berbukti dan sekadar menggunakan khayalan dan bayangannya.
Yang sahnya sekarang, tandatangan dia ada pada surat sokongan tersebut. Fakta yang jelas ialah, syarikat guaman tersebut adalah syarikat guaman anak saudaranya. Kalau dah syarikat guaman anak saudaranya dan dia selaku SETPOL menurunkan tandatangan sokongan, bukankah itu namanya kronisme?
Apatah lagi kedudukannya yang begitu rapat dengan Menteri Besar Selangor, ditambah pula dengan pengakuannya sendiri bahawa tugasnya adalah menerima surat tersebut dan menyerahkannya kepada Menteri Besar sebelum diserahkan pula kepada GLC yang terbabit.
Jadi… bukankah di situ sangat jelas pembabitan aktifnya melobi untuk syarikat anak saudaranya?
Aduhai Faekah… patutlah geng Azmin Ali menyampah sangat dengan kau!

No comments: