Tuesday 8 May 2012

'NIK AZIZ IS FATHER OF KAFIR' - PAS AKAN SAMAN RAHIM NOOR, NST....!!!


KUALA LUMPUR – PAS menganggap kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor bahawa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai father of kafir (bapa kafir) sebagai tidak beradab dan telah melampaui batas.
LIHAT.... DI SINI
Sehubungan itu Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS bercadang mengemukakan saman ke atas Rahim dan akhbar yang menyiarkan laporan tersebut iaitu New Straits Times (NST) dalam masa terdekat.

PAS Mahu Saman Rahim Noor, NST

“Tuduhan yang dikeluarkan oleh Rahim sangat kurang ajar dan melampau batas. PAS menggesa beliau memohon maaf secara terbuka dan menarik balik tuduhan yang tidak berasas dan fitnah semata-mata.
“PAS turut mempertimbangkan saman terhadap akhbar NST yang sanggup menyiarkan berita fitnah tersebut tanpa usul-periksa. Melaporkan kenyataan Rahim Noor telah merosakkan lagi imej NST yang tercalar kerana memutar-belit kata-kata Senator Australia, Nick Xenophon,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Tuan Ibrahim seterusnya berkata, PAS mengingatkan pihak terbabit bahawa menuduh seseorang individu sebagai kafir merupakan tuduhan paling berat dalam persoalan aqidah.
Menurut beliau, tuduhan berbentuk peribadi tidak sama dengan menuduh kumpulan apatah lagi jika dalam kumpulan tersebut memang mempunyai ahli dalam kalangan kafir.
Sebuah portal berita melaporkan Rahim menyifatkan Mursyidul Am PAS sebagai father of kafir (bapa kafir) yang didakwanya cuba memesong orang Islam bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 adalah tanggungjawab agama.
Menurut laporan itu, Akhbar NST memetik Rahim sebagai berkata perkara itu bukan kali pertama Nik Abdul Aziz mengeluarkan kenyataan seperti itu yang didakwanya “mengelirukan” rakyat. – mynewshub.my

No comments: