Sunday 20 May 2012

IRSHAD MANJI..... KEPARAT!!! CELAKA!!!

Mufti Bukan Tuhan, Kata Pendukung LGBT, Irshad ManjiMUFTI BUKAN TUHAN, KATA PENDUKUNG LGBT KEPARAT INI..!!!!


Penulis penuh kontroversi, Irshad Manji menolak fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang melarang umat Islam negara ini menyertai demonstrasi seperti himpunan BERSIH pada 28 April lalu.
Beliau berpandangan fatwa adalah pandangan ulama semata-mata dan ia bukan perintah Tuhan yang termaktub dalam Al-Quran.
“Keluarkan seberapa banyak fatwa yang anda (mufti) mahu tetapi fatwa anda atau pun anda (mufti) sendiri tiada pengiktirafan Tuhan,” kata Irshad dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini.
Meneruskan wawancara, pensyarah di New York University (NYU) itu turut mengkritik keras golongan ulama hari ini yang disifatkannya cuba berlagak seperti Tuhan dan mahu penganut Islam menurut perintah mereka tanpa penilaian kritis.
“Anda bukan Tuhan. Hanya ada satu Tuhan dan kerja itu masih belum ada kekosongan,” kata Irshad sinis.
Beliau sebaliknya menggesa umat Islam kembali kepada Al-Quran yang menuntut penganutnya berfikir sebagai satu wadah untuk meningkatkan keimanan.
“Jika lebih ramai orang Islam faham beza di antara ulama dan Allah, kita akan mengizinkan diri kita melaksanakan perkara yang dianjurkan Al-Quran iaitu berfikir untuk diri sendiri bagi meningkatkan keimanan kita,” katanya yang percaya Al-Quran sebagai sumber rujukan tunggal untuk umat Islam.
SEBELUM INI, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan membenarkan sebarang program yang membabitkan Irshad Manji diadakan di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata pihaknya memandang serius terhadap perkara itu dan meminta semua jabatan agama di setiap negeri menghalang sebarang program membabitkan wanita itu daripada berlangsung.
Beliau berkata, Manji, 48, datang ke negara ini bagi tujuan melancarkan buku terbarunya bertajuk ‘Islam, Liberty and Love’ yang dipenuhi unsur penghinaan terhadap Islam serta perjuangannya dalam mempertahankan cara hidup sebagai seorang lesbian.
“Kerajaan amat memandang serius terhadap ideologi yang dibawa oleh Irshad Manji dan implikasinya terhadap umat Islam di negara ini,” katanya.
Katanya, ideologi tersebut jelas bertentangan dengan kedudukan Malaysia sebagai negara Islam berdasarkan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan (Islam sebagai Agama Persekutuan), Akta dan Enakmen Agama Islam negeri-negeri, undang-undang sivil dan norma masyarakat.
Jamil Khir berkata, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang turut dianggotai Malaysia menolak orientasi seksual yang mendukung LGBT sebagaimana yang ditegaskan dalam persidangan Sesi ke-19 Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 7 Mac lalu di Geneva, Switzerland.
Justeru, beliau menyeru umat Islam di negara ini sentiasa peka dan berhati-hati supaya tidak terpengaruh dengan fahaman ideologi yang dibawa oleh kumpulan dan individu tersebut.
Ini kerana beliau khuatir akan menyentuh sensitiviti agama serta menjadi provokasi serius terhadap umat Islam secara harmoni di bawah naungan institusi Raja-Raja Melayu, Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara ini.
Manji adalah seorang muslim berfahaman liberalismie, pluralisme dan feminisme dan dia adalah pendukung LGBT di peringkat antarabangsa.
Dia pernah mengarang sebuah buku yang menimbulkan kegelisahan dan kemarahan umat Islam di seluruh dunia bertajuk ‘The Trouble With Islam Today’ yang mengandungi idealisme sama seperti penulis novel ‘The Satanic Verses’, Salman Rushdie.  

*** Umat Islam dan pihak berwajib di Malaysia, jangan pandang isu ini sebelah mata, jangan anggap ini isu terpencil.  Sampai bila umat Islam di Malaysia harus diperlekeh sedemikian rupa... oleh anasir-anasir luar yang  jahat dan keji yang secara jelas masuk ke sini untuk merosakkan akidah umat Islam. Dah la selama ini politik tanahair dipenuhi oleh pemuka-pemuka agama yang mempergunakan agama untuk kepentingan politik.......

2 comments:

Anonymous said...

Kah3x...UMPORNO...Dia dtg nk lancar buku Islam,Liberty & Love yg kau pongpang menghina Islam tu. Sape yg bg datang tu?Org PAS ka??

Anonymous said...

bodo nak mampus komen ni.Ko tau x sape yang invite dia datang? bengap.