Monday 23 April 2012

PENDIDIKAN PERCUMA : PAS TAK MALU MINTA RM20 DARIPADA ANAK KECIL SETIAP BULAN..!!!


NAMPAKNYA strategi Pakatan Haram mahu menipu rakyat dengan agenda memansuhkan PTPTN dan memberikan pendidikan percuma membawa padah kepada diri mereka sendiri. Kononnya, mahu menyerang kerajaan, tapi nampak “peluru makan tuan”…
Pakatan Haram mendesak agar rakyat diberikan pendidikan percuma, tapi mereka sendiri tidak memberikan pendidikan percuma di pusat-pusat pengajian tinggi yang bernaung di bawah parti mereka.
Sebagaimana kita tahu, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) merupakan sebuah intitusi pengajian yang bernaung di bawah PAS. Malah IPTS itu kini beroperasi sepenuhnya di Markaz PAS di Taman Melewar dan banyak mendapat bantuan dari parti itu.
Persoalannya, jika benar PAS mahu rakyat mendapat pendidikan secara percuma, mengapa perlu mengenakan yuran terhadap para mahasiswa di KUIZM?
Menurut laman rasmi IPTS milik penuh PAS itu, seorang pelajar yang mengambil kursus diploma sahaja, dia perlu membayar sebanyak RM1,500 untuk satu semester! Bayangkan berapa banyak semester yang harus dilalui oleh seorang pelajar untuk tamat kursus diploma…
Selalunya, seorang pelajar memerlukan selama enam semester untuk menamatkan kursus diploma di dalam tempoh 3 tahun. Dalam ertikata lain, untuk yuran sahaja, para pelajar perlu membayar sebanyak RM3,000. Bagaimana pula dengan kos sara hidup mereka yang tinggi di Lembah Klang?
Saya musykil, sekiranya PAS ikhlas mahukan pendidikan percuma untuk rakyat, mengapa KUIZM tidak memansuhkan saja yuran sebanyak RM1,500 setahun itu? Sekurang-kurangnya, ia dapat mengurangkan beban yang perlu dibayar para pelajar di KUIZM…
Saya juga difahamkan bahawa ramai di kalangan penuntut di universiti itu meminjam wang dari PTPTN untuk menampung kos pengajian mereka di KUIZM. Selalunya, PTPTN hanya akan meluluskan pinjaman sekiranya pelajar itu mempunyai surat tawaran dan sokongan dari IPT.
Persoalannya, mengapa IPTS milik PAS itu tidak menghalang para mahasiswanya untuk meminjam dari PTPTN? Mengapa pula di sokong? Mengapa pula PAS tidak memberikan bantuan ikhlas bagi para mahasiswa di KUIZM?
Sepatutnya, para mahasiswa KUIZM beramai-ramai berkampung dan berkhemah di depan Markaz PAS di Taman Melewar itu sebagai protes menuntut pendidikan percuma dari PAS! Sepatutnya PAS membiayai pendidikan mereka sepenuhnya. Barulah layak suruh Kerajaan BN mansuhkan PTPTN..!
Mengenai pendidikan percuma, rasanya tidak perlu kita beri contoh pendidikan yang mahal untuk memulangkan “paku buah keras” kepada PAS. Kita sebut tentang Pusat Asuhan Tunas Islam atau lebih dikenali sebagai PASTI.
Setahu saya, PASTI sendiri mengenakan yuran kepada murid-murid tadika itu. Sekurang-kurangnya, waris murid PASTI perlu membayar sebanyak RM20 sebulan untuk pendidikan anak mereka di pusat asuhan milik penuh PAS itu.
Takkanlah RM20 pun nak berkira? Mengapa tidak mansuhkan saja yuran bulanan itu? Sebulan RM20, setahun baru RM120. Takkanlah itu pun PAS tak mampu nak taja anak-anak kecil itu? Lagipun, kebanyakkan yang belajar di PASTI pun anak-anak orang PAS juga, kan?
Jadi, takkanlah dengan anak-anak orang PAS pun nak berkira juga? Padahal, PASTI pun mengajar anak-anak kecil yang tak tahu apa-apa itu untuk “sayang Tok Guru” juga, kan? PASTI ajar untuk “sayang PAS” juga, kan? Kalau setakat RM20, takkanlah itu pun menjadi “kudis” buat PAS..?
Rasanya, kalau anak-anak PASTI itu berkhemah di depan PASTI masing-masing menuntut PAS mansuhkan yuran bulanan pendidikan mereka, bagaimana rupa riak muka para pemimpin PAS? Mungkin merah padam menahan malu.
Hanya kerana RM20, pemimpin PAS malu untuk seumur hidup kepada beberapa anak kecil!

No comments: