Wednesday 7 March 2012

TENGKU MAHKOTA NAFI CAMPURTANGAN KES KHALWAT BADRULAMIN


Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menafikan terlibat dengan siasatan atau apa juga yang berkaitan kes tangkapan khalwat pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah, Perpaduan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang, Datuk Mohamad Sahfri Ab. Aziz, beliau dimaklumkan pihak istana bahawa baginda tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut apatah lagi mencampuri siasatan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

"Dakwaan Badrulamin bahawa Tengku Abdullah mengenalinya boleh dibuat oleh sesiapa sahaja kerana baginda sememangnya mengenali dan dikenali oleh semua orang.

"Bagaimanapun baginda hanya ingin tahu siapakah yang ditahan JAIP atas dakwaan berkhalwat sehari selepas kejadian tersebut. Itu sahaja dan tidak timbul baginda terlibat dalam siasatan JAIP," katanya kepada Utusan Malaysia di sini malam tadi.

No comments: