Saturday 17 March 2012

AHMAD MASLAN BIDAS PAS, DAP....!!!

Ahmad Maslan2 

TELUK INTAN  – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan membidas tindakan Pas dan DAP yang terus membisu berhubung dakwaan kononnya wujud kerjasama antara Parti Keadilan Nasional (PKR) dan dua badan asing berkaitan Yahudi.

Beliau berkata, sehingga kini pemimpin kedua-dua parti itu masih menyepi dan belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan.

"Kita tidak terperanjat dengan apa yang berlaku tetapi kita hendak dengar pandangan daripada rakan kongsi (PKR).. Pas dan DAP," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Ceramah Perdana di sini, malam tadi.

Sebuah akhbar tempatan baru-baru ini melaporkan wujud kerjasama antara PKR dan dua buah badan asing yang mempunyai kaitan Yahudi, iaitu Konrad Adeneur Foundation (KAF) dan National Democratic Institute for International Affairs (NDI), yang didedahkan oleh BN Selangor.

Beliau berkata sekiranya dakwaan itu benar, ia adalah satu perkara besar yang perlu diberi perhatian dan disiasat. – BERNAMA

No comments: