Thursday 23 February 2012

JANGAN ULANGI KESILAPAN UNDI PR PADA PRU13.....!!! AMBIL IKTIBAR 11 BULAN NIZAR JADI MB BONEKA...!!!!


Rakyat Perak khususnya orang Melayu perlu mengambil iktibar di sebalik pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan di negeri ini yang telah memecahkan tradisi kerajaan yang wujud sejak lebih 50 tahun lalu.
Gesaan itu disuarakan Presiden Pertubuhan Kebajikan Wawasan Kesejahteraan Insan Negeri Perak, Fauzi Muda yang turut menasihatkan rakyat supaya tidak mengulangi kesilapan sama dengan memberi undi kepada parti pembangkang pada pilihanraya 2008.
Bekas Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ipoh Barat itu juga berkata, orang Melayu harus bangkit dan kembali menyokong Barisan Nasional (BN) bagi memastikan gelombang politik 2008 tidak berulang semula pada Pilihan Raya Umum ke-13.
“Akibat gelombang politik 2008, barisan exco di Perak majoritinya bukan Melayu dan jawatan Speaker juga diberi kepada bukan Melayu iaitu S Sivakumar, sekaligus pecah tradisi kerajaan negeri yang wujud sejak 50 tahun lalu,” katanya pada sidang media di Ipoh, hari ini.
Apabila suara orang Melayu hilang, pemimpin parti pembangkang khususnya DAP  telah menuntut jawatan Speaker dan Datuk Bandar, katanya.
Sementara itu, Fauzi menyarankan pemimpin dan penyokong BN agar menghentikan segera serangan peribadi kepada pemimpin parti pembangkang terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebaliknya mempraktikkan budaya politik secara berhemah.
Katanya, menjelang pasca pilihanraya, setiap tutur kata dan tindakan pemimpin atau penyokong BN akan dinilai oleh rakyat khususnya pengundi Melayu yang kini mula kembali menyokong BN.
“Sebagai badan bukan kerajaan (NGO), Wawasan kurang senang dengan tindakan bekas penyokong PKR yang mahu mengumpulkan 100,000 tandatangan mendesak Anwar memohon maaf kepada Wall Street Journal berhubung isu keselamatan Israel.
“Tindakan seperti ini hanya sekadar untuk mencari publisiti murahan dan mempunyai motif tertentu sedangkan ia tidak disenangi rakyat jelata.
“Kita bimbang tindakan kumpulan bekas penyokong PKR ini akan dikaitkan dengan BN sekaligus memberi kelebihan besar kepada pihak pembangkang untuk terus menarik sokongan rakyat,” tegasnya lagi.
Ahli kumpulan berkenaan katanya, yang terdiri cerdik pandai seharusnya membangkitkan isu semasa dengan memberi idea bernas kepada pembangunan negara baik dalam bidang ekonomi ataupun sosial.
Menurut Fauzi lagi, kajian pertubuhan itu mendapati sokongan orang Melayu terhadap BN telah meningkat dan pada PRU-13, pembangkang dijangka mendapat 45 peratus sokongan Melayu berbanding 56 peratus pada 2008.
Pembangkang katanya, kini mengharapkan sokongan dan undi kaum Cina.
Mengulas kajian berkaitan PRU-13 di Perak, Fauzi yang juga merupakan bekas Pengarah Biro Strategik PKR negeri, berkata parti pembangkang boleh menang selesa di 21 kerusi Dewan Undangan Negeri yang merupakan kubu kuat DAP dan PKR.
“Secara keseluruhan, kajian Wawasan mendapati parti pembangkang boleh menang sekurang-kurangnya 34 daripada 59 kerusi DUN Perak pada PRU-13.
“Dari segi kerusi Parlimen pula, BN dijangka dapat menguasai lima atau enam kerusi sahaja,” katanya lagi.

No comments: